Skip to content
Contents

34. Pindaan seksyen 37

Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “rekod, laporan atau dokumen” dengan perkataan “dokumen atau maklumat”;

Undang-Undang Malaysia 38

(b)

dengan menggantikan perkataan “rekod, laporan atau dokumen” di mana-mana jua ia terdapat dengan perkataan

“dokumen atau maklumat”; dan

(c)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “satu juta” dengan perkataan “tiga juta”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “lima tahun”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan” dengan perkataan “, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan”.

Report