Skip to content
Contents

49. Pindaan seksyen 55

Seksyen 55 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tertakluk kepada seksyen 61, dalam apa-apa pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan apa-apa harta yang dibuktikan menjadi—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, jika—

(aa)

kesalahan itu telah dibuktikan terhadap tertuduh; atau

(bb)

kesalahan itu tidak dibuktikan terhadap tertuduh tetapi mahkamah berpuas hati bahawa—

(i)

tertuduh bukan pemunya harta itu yang sebenar dan sah; dan

Undang-Undang Malaysia 54

(ii)

tiada orang lain berhak kepada harta itu sebagai pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga.”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “dilupuskan”

perkataan “, susut nilai”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “denda” dengan perkataan “hutang sivil yang kena dibayar kepada

Kerajaan Malaysia dan tidak tertakluk kepada apa-apa tempoh had masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis”; dan

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Dalam menentukan sama ada harta itu ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.”.

Report