Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014 · As enacted
40. Pindaan seksyen 45
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 45 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “berhubung dengan” perkataan “pelakuan”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “harta pengganas” perkataan “, hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan”;
Undang-Undang Malaysia 44
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Walau bagaimanapun tiada penyampaian di bawah subseksyen (3) dikehendaki jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan untuk diambil, atau dalam kehadiran pemunya harta itu atau ejennya, atau dalam hal suatu kapal atau pesawat udara, dalam kehadiran nakhoda atau juruterbang, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pegawai penyiasat yang melaksanakan penyitaan itu hendaklah menghantar suatu salinan senarai harta alih yang disita kepada Pendakwa Raya dengan segera.”;
dan
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen (2)” dengan perkataan “subseksyen (1)”.