Skip to content
Contents

48. Penggantian seksyen 53

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 53 dengan seksyen yang berikut:

s 53“Larangan berurusan dengan harta di luar Malaysia

(1)

Jika Pendakwa Raya berpuas hati bahawa apa-apa harta ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)

atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, dan harta itu dipegang atau didepositkan di luar Malaysia, dia boleh membuat suatu permohonan yang disokong oleh afidavit kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah yang melarang orang yang memegang harta itu atau yang dengannya harta itu didepositkan membuat urusan tentang harta itu.

(2)

Apabila berpuas hati bahawa harta itu ialah—

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)

atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan,

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah yang melarang orang yang memegang harta itu atau yang dengannya harta itu didepositkan membuat urusan tentang harta itu.

(3)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas habis tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu dibuat jika orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini.”.

Report