Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014

Amends the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 and the Anti-Money Laundering (Amendment) Act 2003

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencegahan Pengubahan

Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014.

(2)

Kecuali seksyen 78, Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri Kewangan boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

(3)

Seksyen 78 mula berkuat kuasa pada tarikh tersiarnya Akta ini dalam Warta.

s 2Pindaan tajuk panjang

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan menggantikan

UNDANG-UNDANG malaysia

Akta Pencegahan Pengubahan Wang

Haram dan Pencegahan Pembiayaan

Keganasan (Pindaan) 2014

Undang-Undang Malaysia 4

perkataan “harta pengganas dan harta yang terlibat dalam, atau yang diperoleh daripada, pengubahan wang haram dan kesalahan membiayai keganasan” dengan perkataan “harta yang terlibat dalam atau yang diperoleh daripada kesalahan pengubahan wang haram dan membiayai keganasan, serta harta pengganas, hasil daripada aktiviti haram dan peralatan kesalahan”.

s 3Pindaan seksyen 1

Subseksyen 1(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan

Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001” dengan perkataan “Akta

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001”.

s 4Pindaan seksyen 3

Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan takrif “aktiviti haram” dengan takrif yang berikut:

‘ “aktiviti haram” ertinya—

(a)

apa-apa aktiviti yang merupakan mana-mana kesalahan berat atau mana-mana kesalahan berat asing; atau

(b)

apa-apa aktiviti yang bersifat sedemikian, atau yang berlaku dalam hal keadaan sedemikian, yang aktiviti itu mengakibatkan atau menyebabkan pelakuan mana-mana kesalahan berat atau mana-mana kesalahan berat asing, tidak kira sama ada aktiviti itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, berlaku di dalam atau di luar

Malaysia;’;

(b)

dalam takrif “Bank Negara Malaysia” dengan menggantikan perkataan “Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]”

dengan perkataan “Akta Bank Negara Malaysia 2009

[Akta 701]”;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(c)

dengan menggantikan takrif “hasil daripada aktiviti haram”

dengan takrif yang berikut:

‘ “hasil daripada aktiviti haram” ertinya mana-mana harta, atau apa-apa kelebihan ekonomi atau keuntungan ekonomi daripada harta itu, di dalam atau di luar

Malaysia—

(a)

yang keseluruhannya atau sebahagiannya—

(i)

diperoleh atau didapati, secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana orang daripada apa-apa aktiviti haram;

(ii)

diperoleh atau didapati daripada pelupusan atau urusan lain dengan harta yang disebut dalam subperenggan (i); atau

(iii)

diperoleh dengan menggunakan harta yang diperoleh atau didapati oleh mana-mana orang melalui mana-mana pelupusan atau urusan lain yang disebut dalam subperenggan (i) atau (ii); atau

(b)

yang, keseluruhannya atau sebahagiannya, disebabkan oleh apa-apa hal keadaan seperti sifat, nilai, lokasi atau tempat penemuannya, atau masa, cara atau tempat pemerolehannya, atau orang yang daripadanya harta itu diperoleh, atau perkaitannya dengan harta lain yang disebut dalam subperenggan (a)(i),

(ii)

atau (iii), boleh dengan semunasabahnya dipercayai adalah harta yang termasuk dalam ruang lingkup subperenggan (a)(i), (ii) atau

(iii)

;’;

(d)

dengan menggantikan takrif “harta” dengan takrif yang berikut:

‘ “harta” ertinya—

(a)

tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; atau

Undang-Undang Malaysia 6

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik, atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk mata wang, kredit bank, deposit dan sumber kewangan yang lain, cek kembara, cek bank, kiriman wang, produk pasaran modal, draf dan surat kredit, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia, dan termasuklah kepentingan di sisi undang-undang atau ekuiti, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, dalam mana-mana harta itu;’;

(e)

dengan menggantikan takrif “institusi kewangan” dengan takrif yang berikut:

‘ “institusi kewangan” ertinya—

(a)

sesuatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

sesuatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank

Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(c)

sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

[Akta 618];

(d)

sesuatu pemegang lesen di bawah Akta

Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

[Akta 731];

(e)

seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

(f)

depositori pusat yang ditubuhkan di bawah

Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)

1991 [Akta 453];

(g)

sesuatu pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

7

mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

(h)

sesuatu pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

[Akta 705]; dan

(i)

seseorang yang ditetapkan oleh Menteri

Kewangan di bawah seksyen 12a;’;

(f)

dengan memotong takrif “institusi kewangan luar pesisir”;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “institusi pelapor”

takrif yang berikut:

‘ “kenderaan” termasuklah mana-mana vesel, kereta api, kenderaan bermotor, pesawat udara dan apa-apa kaedah pengangkutan lain yang melaluinya orang atau barang boleh dibawa;’;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “kesalahan membiayai keganasan” takrif yang berikut:

‘ “kesalahan pengubahan wang haram” ertinya suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1);’;

(i)

dengan memotong takrif “klien”;

(j)

dengan menggantikan takrif “Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Luar Pesisir Labuan” dengan takrif yang berikut:

‘ “Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan”

ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 3

Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996

[Akta 545];’;

(k)

dengan memasukkan selepas takrif “Negara asing” takrif yang berikut:

‘ “pelanggan” termasuklah klien;’;

Undang-Undang Malaysia 8

(l)

dengan memotong takrif “pengubahan wang haram”;

(m)

dengan memasukkan selepas takrif “pengawal” takrif yang berikut:

‘ “peralatan kesalahan” ertinya—

(a)

apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana aktiviti haram; atau

(b)

apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana aktiviti haram, sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar Malaysia;

“perniagaan” ertinya—

(a)

mana-mana perniagaan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengadakan peruntukan bagi pendaftaran perniagaan;

(b)

suatu perbadanan yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125] dan sekutu perbadanan itu; atau

(c)

apa-apa usaha niaga atau penglibatan dalam mana-mana tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau mana-mana aktiviti seumpamanya yang lain, sama ada atau tidak ia dijalankan bagi kelebihan kewangan atau keuntungan, dan sama ada atau tidak dijalankan secara tetap, berulang atau berterusan, dan termasuklah segala aset yang diperoleh daripada atau yang digunakan dalam atau bagi maksud menjalankan aktiviti perniagaan itu, dan segala kepentingan, hak dan tanggungan yang berbangkit daripada aktiviti perniagaan itu;’;

(n)

dengan memasukkan selepas takrif “premis” takrif yang berikut:

‘ “produk pasaran modal” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’; dan

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(o)

dengan memasukkan selepas takrif “Suruhanjaya Sekuriti”

takrif yang berikut:

‘ “susut nilai”, berhubungan dengan mana-mana harta, ertinya keseluruhan atau sebahagian daripada harta itu dibelanjakan, digunakan, dibinasakan, atau dikenakan apa-apa urusan, proses atau perbuatan lain, sehingga harta itu tidak lagi wujud, atau dikurangkan nilai atau saiznya, atau diubah sifatnya;’.

s 5Penggantian seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:

“Kesalahan pengubahan wang haram

s 4Section 4

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

melibatkan diri, secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan;

(b)

memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukar, membawa, melupuskan atau menggunakan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan;

(c)

mengalihkan dari atau membawa masuk ke dalam

Malaysia, hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan; atau

(d)

merahsiakan, menyembunyikan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkenaan dengan, atau pemunyaan, hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan, melakukan kesalahan pengubahan wang haram dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana yang lebih tinggi.

Undang-Undang Malaysia 10

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), boleh disimpulkan daripada mana-mana hal keadaan hakikat objektif bahawa—

(a)

orang itu tahu, mempunyai sebab untuk mempercayai atau mempunyai syak yang munasabah bahawa harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan; atau

(b)

orang itu tanpa alasan yang munasabah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan.

(3)

Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, jika hasil daripada aktiviti haram diperoleh daripada satu atau lebih aktiviti haram, hasil itu tidak perlu dibuktikan sebagai diperoleh daripada mana-mana aktiviti haram tertentu.

(4)

Seseorang boleh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) tanpa mengira sama ada terdapat suatu sabitan berkenaan dengan suatu kesalahan berat atau kesalahan berat asing atau suatu pendakwaan telah dimulakan bagi pelakuan suatu kesalahan berat atau kesalahan berat asing.”.

s 6Seksyen baru 4a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4

seksyen yang berikut:

“Kesalahan penstrukturan transaksi untuk mengelak kehendak pelaporan 4a. (1) Tiada seorang pun boleh menstrukturkan, atau mengarahkan, membantu atau menyertai dalam penstrukturan, mana-mana transaksi dalam mata wang domestik atau asing untuk mengelak pemakaian perenggan 14(1)(a).

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih daripada lima kali ganda jumlah atau nilai agregat transaksi itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(3)

Dalam menentukan sama ada sesuatu transaksi telah dijalankan dengan melanggar seksyen ini, perkara yang berikut boleh diambil kira:

(a)

nilai wang atau harta yang terlibat dalam setiap transaksi;

(b)

jumlah nilai transaksi;

(c)

tempoh masa yang dalamnya transaksi dilakukan;

(d)

jarak waktu antara mana-mana transaksi itu;

(e)

tempat di mana transaksi itu dilakukan.”.

s 7Pindaan seksyen 5

Seksyen 5 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“pengubahan wang haram” dengan perkataan “suatu kesalahan pengubahan wang haram”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3) Mana-mana orang yang dengan pengetahuan menzahirkan apa-apa maklumat palsu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak melebihi satu juta ringgit.”.

s 8Pindaan seksyen 6

Subseksyen 6(5) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “satu juta”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan” dengan perkataan “, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan”.

Undang-Undang Malaysia 12

s 9Pindaan seksyen 8

Subseksyen 8(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “institusi pelapor” perkataan “(jika ada)”.

s 10Pindaan seksyen 9

Subseksyen 9(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“Luar Pesisir”.

s 11Pindaan seksyen 10

Seksyen 10 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” perkataan “Kewangan”; dan

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 14” perkataan “atau apa-apa maklumat lain yang diterima olehnya atau yang dizahirkan kepadanya oleh mana-mana orang di bawah Akta ini”; dan

(ii)

dalam perenggan (b)—

(a)

dalam subperenggan (i), dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” perkataan

“Kewangan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan

“seksyen 14” perkataan “atau apa-apa maklumat lain yang diterima oleh atau yang dizahirkan kepada pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta ini”.

s 12Pindaan seksyen 12

Subseksyen 12(4) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “satu juta” dengan perkataan “tiga juta”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “lima tahun”.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

s 13Seksyen baru 12a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 12

seksyen yang berikut:

“Penetapan institusi kewangan tambahan 12a. Menteri Kewangan boleh, atas syor pihak berkuasa berwibawa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan seseorang yang menjalankan perniagaan kewangan yang dikawal selia atau diawasi oleh atau yang tertakluk kepada pengawasan sesuatu pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan menurut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu sebagai institusi kewangan bagi maksud takrif

“institusi kewangan” di bawah subseksyen 3(1).”.

s 14Penggantian seksyen 14

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 14 dengan seksyen yang berikut:

s 14“Laporan oleh institusi pelapor

(1)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak berkuasa berwibawa—

(a)

apa-apa transaksi yang melebihi apa-apa amaun yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(b)

apa-apa transaksi jika identiti orang yang terlibat, transaksi itu sendiri atau apa-apa hal keadaan lain berkenaan dengan transaksi itu memberi mana-mana pegawai atau pekerja institusi pelapor itu sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi itu melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan;

(c)

apa-apa transaksi atau harta jika mana-mana pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi atau harta yang terlibat itu berhubungan atau berkaitan dengan, digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi atau oleh, mana-mana perbuatan keganasan, pengganas, kumpulan pengganas, entiti pengganas atau orang yang membiayai keganasan.

Undang-Undang Malaysia 14

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “transaksi” termasuklah apa-apa transaksi cubaan atau transaksi yang dicadangkan.”.

s 15Seksyen baru 14a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14

seksyen yang berikut:

“Larangan terhadap penzahiran laporan dan maklumat berkaitan 14a.  (1)  Mana-mana orang yang mengetahui atau yang mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu institusi pelapor bercadang untuk melaporkan, sedang melaporkan atau telah menyerah simpan laporan di bawah seksyen 14

atau bercadang untuk memberi, sedang memberi atau telah memberi apa-apa maklumat berkaitan yang lain kepada pihak berkuasa berwibawa dan menzahirkan pengetahuan, rasa syak atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang kepadanya penzahiran mengenai apa-apa pengetahuan, syak atau maklumat telah dibuat dengan melanggar subseksyen (1) yang membuat rekod mengenai pengetahuan, syak atau maklumat itu, atau yang selanjutnya menzahirkan pengetahuan, syak atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain dalam apa-apa hal keadaan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai bagi penzahiran maklumat oleh seseorang jika penzahiran itu dibuat—

(a)

dalam perjalanan bertindak berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya atau penjalanan fungsinya di bawah

Akta ini;

(b)

bagi maksud memaklumkan mengenai risiko yang terlibat dalam berurusan dengan pelanggan tertentu, kepada suatu perbadanan berkaitan institusi pelapor

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

15

yang perbadanan berkaitan itu diperbadankan di Malaysia dan terlibat dalam perkhidmatan kewangan di Malaysia;

(c)

dalam perjalanan bertindak berkaitan dengan pelaksanaan kewajipannya sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor, kepada pihak berkuasa pengawasan institusi pelapor itu; atau

(d)

dengan kebenaran bertulis pihak berkuasa berwibawa.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “berkaitan” berhubungan dengan sesuatu perbadanan ertinya berkaitan mengikut erti seksyen 6 Akta Syarikat 1965.”.

s 16Penggantian seksyen 16

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 16 dengan seksyen yang berikut:

s 16“Usaha wajar pelanggan

(1)

Sesuatu institusi pelapor—

(a)

tidak boleh membuka atau mengendalikan mana-mana akaun yang namanya tidak diketahui atau mana-mana akaun atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul;

(b)

tidak boleh mengadakan atau menjalankan apa-apa hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti yang melibatkan suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul; dan

(c)

hendaklah menyenggara—

(i)

akaun atas nama pemegang akaun itu; dan

(ii)

rekod atau maklumat mengenai mana-mana hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama pelanggan itu.

Undang-Undang Malaysia 16

(2)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah menjalankan langkah-langkah usaha wajar pelanggan dalam semua atau mana-mana hal keadaan yang berikut:

(a)

mengadakan atau menjalankan hubungan perniagaan, menjalankan mana-mana transaksi dengan pelanggan atau menjalankan mana-mana aktiviti bagi atau bagi pihak pelanggan, sama ada pelanggan itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap, termasuk apabila membuka akaun atau buku akaun baru, membuat mana-mana transaksi fidusiari, menyewa peti simpan selamat, melaksanakan mana-mana transaksi atau aktiviti lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(b)

transaksi atau aktiviti yang hendak dijalankan melebihi amaun yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(c)

terdapat syak yang munasabah mengenai pelakuan kesalahan pengubahan wang haram atau kesalahan membiayai keganasan;

(d)

terdapat keraguan yang munasabah mengenai kebenaran atau kecukupan data pengenalan pelanggan yang diperoleh sebelumnya.

(3)

Sesuatu institusi pelapor, dalam menjalankan langkah-langkah usaha wajar pelanggan, hendaklah—

(a)

menentukan identiti, sifat perwakilan, domisil, sifat di sisi undang-undang, pekerjaan atau tujuan perniagaan mana-mana orang, sama ada orang itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap;

(b)

menentusahkan, dengan cara yang boleh dipercayai atau daripada sumber bebas, atau daripada mana-mana dokumen, data atau maklumat, identiti, sifat perwakilan, domisil, sifat di sisi undang-undang, pekerjaan atau tujuan perniagaan mana-mana orang, melalui penggunaan dokumen yang termasuk kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran, lesen memandu, dokumen konstituen atau mana-mana dokumen rasmi atau persendirian lain serta maklumat pengenalan lain yang berhubungan dengan orang itu, sama ada orang itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(c)

menentusahkan identiti dan kuasa mana-mana orang yang berupa sebagai bertindak bagi pihak pelanggan dalam membuka akaun, menjalankan mana-mana transaksi atau menjalankan mana-mana aktiviti;

(d)

mengambil langkah yang munasabah untuk memperoleh dan merekodkan maklumat mengenai identiti sebenar mana-mana orang yang bagi pihaknya akaun dibuka atau transaksi atau aktiviti dijalankan jika terdapat keraguan munasabah bahawa orang itu tidak bertindak bagi pihak dirinya sendiri, terutamanya jika orang itu tidak menjalankan apa-apa operasi komersil, kewangan atau perindustrian di Negara asing di mana orang itu mempunyai ibu pejabat atau domisilnya;

dan

(e)

mengambil langkah yang munasabah untuk menentusahkan identiti orang sebenar yang memiliki atau menjalankan kawalan berkesan atas pelanggan yang bukan orang sebenar.

(4)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah menjalankan usaha wajar yang berterusan atas semua akaun, hubungan perniagaan, transaksi dan aktiviti.

(5)

Pihak berkuasa berwibawa hendaklah, setelah berunding dengan pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan bagi sesuatu institusi pelapor (jika ada), mengeluarkan apa-apa arahan atau garis panduan kepada institusi pelapor mengenai penjalanan langkah-langkah usaha wajar pelanggan yang didapatinya perlu—

(a)

untuk memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada standard yang diterima di peringkat antarabangsa bagi pengesanan atau pencegahan kesalahan pengubahan wang haram atau kesalahan membiayai keganasan;

dan

(b)

untuk menentukan langkah-langkah usaha wajar pelanggan tambahan yang hendaklah dijalankan oleh institusi pelapor.

(6)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah merekodkan apa-apa maklumat, data atau butir-butir yang diperoleh di bawah seksyen ini dan hendaklah, atas permintaan secara bertulis, mengemukakan suatu salinan rekod itu kepada pihak berkuasa berwibawa.

Undang-Undang Malaysia 18

(7)

Bagi maksud Bahagian ini—

(a)

“transaksi” dan “aktiviti” termasuklah suatu transaksi atau aktiviti tunggal atau suatu siri transaksi atau aktiviti, mengikut mana-mana yang berkenaan;

dan

(b)

“orang” termasuklah mana-mana orang yang menjadi penama, ejen, benefisiari, pemilik benefisial atau prinsipal dan mana-mana orang lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa berhubung dengan sesuatu transaksi atau aktiviti.”.

s 17Pindaan seksyen 17

Seksyen 17 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Walau apa pun apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan penyimpanan dokumen, sesuatu institusi pelapor hendaklah menyenggara mana-mana akaun, rekod, surat menyurat perniagaan dan dokumen yang berhubungan dengan suatu akaun, hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti dengan seseorang pelanggan atau mana-mana orang serta hasil apa-apa analisis yang dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, selama tempoh sekurang-kurangnya enam tahun dari tarikh akaun itu ditutup atau hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti itu disempurnakan atau dibatalkan.”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “berwibawa”

perkataan “di bawah seksyen 14”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “yang tidak kurang daripada” dengan perkataan “sekurang-kurangnya”;

dan

(iii)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “has been” dengan perkataan “is”;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“rekod” dengan perkataan “akaun, rekod, surat-menyurat perniagaan dan dokumen”; dan

(d)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “satu juta” dengan perkataan “tiga juta”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “lima tahun”.

s 18Penggantian seksyen 18

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 18 dengan seksyen yang berikut:

“Pembukaan akaun atau penjalanan hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama rekaan, palsu atau tidak betul

s 18Section 18

(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

membuka, mengendalikan atau memberi kuasa pembukaan atau pengendalian sesuatu akaun; atau

(b)

mengadakan, menjalankan atau melaksanakan apa-apa hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti, dengan sesuatu institusi pelapor atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul.

(2)

Jika seseorang itu lazimnya dikenali dengan dua nama atau lebih, orang itu tidak boleh menggunakan mana-mana daripada nama itu apabila—

(a)

membuka, mengendalikan atau memberi kuasa pembukaan atau pengendalian sesuatu akaun; atau

(b)

mengadakan, menjalankan atau melaksanakan apa-apa hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti, dengan sesuatu institusi pelapor melainkan jika orang itu telah menzahirkan sebelumnya nama atau nama-nama yang lain itu kepada institusi pelapor itu.

Undang-Undang Malaysia 20

(3)

Jika seseorang yang menggunakan sesuatu nama tertentu dalam urusannya dengan sesuatu institusi pelapor menzahirkan kepadanya nama atau nama-nama yang berlainan yang dengannya dia lazimnya dikenali, institusi pelapor itu hendaklah membuat suatu rekod tentang penzahiran itu, dan hendaklah, atas permintaan secara bertulis daripada pihak berkuasa berwibawa, memberi pihak berkuasa berwibawa itu suatu salinan rekod itu.

(4)

Bagi maksud perenggan (1)(a) dan (2)(a)—

(a)

seseorang membuka suatu akaun atas nama rekaan, palsu atau tidak betul jika orang itu, dalam membuka akaun itu, atau dalam menjadi seorang penandatangan kepada akaun itu, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali;

(b)

seseorang mengendalikan suatu akaun atas nama rekaan, palsu atau tidak betul jika orang itu melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubung dengan akaun itu (sama ada melalui suatu pendepositan atau pengeluaran atau melalui komunikasi dengan institusi pelapor yang berkenaan atau selainnya) dan, dengan berbuat demikian, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali;

dan

(c)

sesuatu akaun adalah atas nama palsu jika akaun itu telah dibuka atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini.

(5)

Bagi maksud perenggan (1)(b) dan (2)(b)—

(a)

seseorang mengadakan sesuatu hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama rekaan, palsu atau tidak betul jika orang itu, dalam mengadakan hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti itu, atau dalam menjadi penandatangan kepada mana-mana perjanjian atau perkiraan, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali;

(b)

seseorang mengadakan atau melaksanakan suatu hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama rekaan, palsu atau tidak betul jika orang itu melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubung

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

21

dengan hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti itu (sama ada melalui komunikasi dengan institusi pelapor yang berkenaan atau selainnya) dan, dengan berbuat demikian, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali; dan

(c)

sesuatu hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti adalah atas nama palsu jika ia telah diadakan atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

s 19Pindaan seksyen 19

Perenggan 19(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “14,” perkataan “14a,”.

s 20Pindaan seksyen 21

Perenggan 21(1)(c) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “klien” dengan perkataan “pelanggan”.