Skip to content

Seksyen 52

Kecualian

of Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 52 of 52
Seksyen 52
(1)

Semua sebutan mengenai Akta Pencegahan Pengubahan

Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram 2001 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Pencegahan Pengubahan

Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

(2)

Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding bagi apa-apa kemungkiran atau kesalahan di bawah Akta ibu yang dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh kuat kuasa Akta ini, dijalankan seolah-olah

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa obligasi, pemberian kuasa, liabiliti, penalti atau hukuman yang dikenakan, dibuat, terakru atau ditanggung di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa obligasi atau liabiliti di bawah mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh atau perjanjian yang dibuat dengan pihak berkuasa berwibawa di bawah subseksyen 22(3) Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(5)

Apa-apa perintah, peraturan-peraturan, arahan, petunjuk, pekeliling, garis panduan, penentuan, notis atau kehendak yang dibuat atau diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Akta ibu, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat atau diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang perintah, peraturan-peraturan, arahan, petunjuk, pekeliling, garis panduan, penentuan, notis atau kehendak itu terpakai baginya sehingga dibatalkan.