Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian II · Kesalahan Pengubahan Wang Haram
4A. Kesalahan penstrukturan transaksi untuk mengelak kehendak pelaporan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menstrukturkan, atau mengarahkan, membantu atau menyertai dalam penstrukturan, mana-mana transaksi
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
dalam mata wang domestik atau asing untuk mengelak pemakaian perenggan 14(1)(a).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih daripada lima kali ganda jumlah atau nilai agregat transaksi itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Dalam menentukan sama ada sesuatu transaksi telah dijalankan dengan melanggar seksyen ini, perkara yang berikut boleh diambil kira:
nilai wang atau harta yang terlibat dalam setiap transaksi;
jumlah nilai transaksi;
tempoh masa yang dalamnya transaksi dilakukan;
jarak waktu antara mana-mana transaksi itu;
tempat di mana transaksi itu dilakukan.