Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian IV · Obligasi Pelaporan
13. Penyimpanan rekod oleh institusi pelapor
Feedback & supportSesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menyimpan suatu rekod semua transaksi atau aktiviti domestik dan antarabangsa.
Rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dalam bentuk yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa.
Rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk maklumat yang berikut bagi setiap transaksi atau aktiviti:
identiti dan alamat orang yang atas namanya transaksi atau aktiviti itu dijalankan;
identiti dan alamat benefisiari atau orang yang bagi pihaknya transaksi atau aktiviti itu dijalankan, jika berkenaan;
identiti dan alamat orang yang berupa sebagai bertindak bagi pihak pelanggan dalam membuka akaun atau bagi menjalankan transaksi atau aktiviti itu, jika berkenaan;
identiti akaun yang terlibat dengan transaksi atau aktiviti itu, jika ada;
jenis transaksi atau aktiviti yang terlibat, seperti deposit, pengeluaran, pertukaran mata wang, penunaian cek, pembelian cek juruwang atau kiriman wang atau pembayaran atau pemindahan lain oleh, melalui, atau kepada institusi pelapor itu;
identiti institusi pelapor di mana transaksi atau aktiviti itu berlaku; dan
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
39
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
tarikh, masa dan amaun transaksi atau aktiviti itu, dan hendaklah juga termasuk apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa.
Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pihak berkuasa berwibawa.
Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3A).
(Dipotong oleh Akta A1761).
Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1) atau (3B)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.