Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian II · Kesalahan Pengubahan Wang Haram
5. Perlindungan pemberi maklumat dan maklumat
Feedback & supportJika seseorang menzahirkan kepada suatu agensi penguat kuasa pengetahuan atau kepercayaannya bahawa apa-apa harta diperoleh daripada atau digunakan berkaitan dengan suatu kesalahan pengubahan wang haram atau apa-apa perkara yang padanya pengetahuan atau kepercayaan itu didasarkan—
jika orang itu melakukan apa-apa perbuatan yang melanggar subseksyen 4(1) dan penzahiran itu berhubung dengan perkiraan yang berkenaan, orang itu tidak melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen itu jika penzahiran itu dibuat—
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
27
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
sebelum orang itu melakukan perbuatan yang berkenaan, iaitu suatu perbuatan yang dilakukan dengan keizinan agensi penguat kuasa itu; atau
selepas orang itu melakukan perbuatan itu, tetapi penzahiran itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri dan dengan seberapa segera yang munasabah bagi orang itu melakukannya;
walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, penzahiran itu tidak boleh dianggap sebagai pelanggaran apa-apa sekatan ke atas penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah kelakuan profesional; dan
orang itu tidaklah bertanggungan bagi ganti rugi bagi apa-apa kerugian yang timbul daripada—
penzahiran itu; atau
apa-apa perbuatan yang telah dilakukan atau ditinggalkan berhubung dengan harta itu berbangkit daripada penzahiran itu.
Jika apa-apa maklumat berhubung dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini diterima oleh seorang pegawai pihak berkuasa berwibawa atau institusi pelapor, maklumat dan identiti orang yang memberikan maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara pegawai itu dan orang itu dan segala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang itu dan segala hal keadaan lain berhubung dengan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu telah diberikan, tidak boleh dizahirkan kecuali bagi maksud subseksyen 8(1) atau seksyen 14.
Mana-mana orang yang dengan pengetahuan menzahirkan apa-apa maklumat palsu di bawah seksyen ini melakukan suatu
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak melebihi satu juta ringgit.