Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian II · Kesalahan Pengubahan Wang Haram
4. Kesalahan pengubahan wang haram
Feedback & supportMana-mana orang yang—
melibatkan diri, secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan;
memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukar, membawa, melupuskan atau menggunakan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan;
mengalihkan dari atau membawa masuk ke dalam
Malaysia, hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan; atau
merahsiakan, menyembunyikan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hakmilik, hak berkenaan dengan, atau pemunyaan, hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan,
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
25
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram melakukan kesalahan pengubahan wang haram dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana yang lebih tinggi.
Bagi maksud subseksyen (1), boleh disimpulkan daripada mana-mana hal keadaan hakikat objektif bahawa—
orang itu tahu, mempunyai sebab untuk mempercayai atau mempunyai syak yang munasabah bahawa harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan; atau
orang itu tanpa alasan yang munasabah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan.
Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, jika hasil daripada aktiviti haram diperoleh daripada satu atau lebih aktiviti haram, hasil itu tidak perlu dibuktikan sebagai diperoleh daripada mana-mana aktiviti haram tertentu.
Seseorang boleh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) tanpa mengira sama ada terdapat suatu sabitan berkenaan dengan suatu kesalahan berat atau kesalahan berat asing atau suatu pendakwaan telah dimulakan bagi pelakuan suatu kesalahan berat atau kesalahan berat asing.