Skip to content

Seksyen 25

of Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984

ActIn forceProvision 25 of 71

Seksyen 25

(1)

Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan dari semasa ke semasa bagi perlindungan kesihatan dan keselamatan pekerja dan semua orang laisn daripada sinaran mengion, termasuk arahan dalam perkara mengenai:

(a)

keadaan pendedahan;

(b)

pengehadan dos;

(c)

pendedahan pekerjaan;

(d)

pendedahan perubatan;

(e)

pendedahan kepada orang ramai dan orang selain pekerja, tidak termasuk pendedahan perubatan;

(f)

pendedahan tidak sengaja;

(g)

pendedahan kecemasan; dan

(h)

pendedahan selain yang dinyatakan dalam perenggan(a)

hingga (g).

(2)

Jika pihak berkuasa berkenaan mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana pekerja telah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion, pihak berkuasa berkenaan boleh menghendaki pemegang lesen―

(a)

menyediakan dan menghendaki pekerja itu memakai alat pengawasan personel yang diluluskan;

(b)

menyimpan rekod mengenai dos dan jenis sinaran mengion yang pekerja itu telah atau mungkin terdedah;

Pelesenan Tenaga Atom 23

(c)

memasang atau menggunakan alat pengawasan pada tempat kerja bagi merekod amaun sinaran mengion yang ada dan menyimpan rekod itu; dan

(d)

menyediakan pemeriksaan perubatan bagi pekerja itu oleh pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan pada lat-lat tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan.

(3)

Pihak berkuasa berkenaan boleh menurut budi bicaranya menghendaki pemegang lesen menyediakan pada lat-lat tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan pemeriksaan perubatan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan bagi semua atau mana-mana daripada pekerja pemegang lesen yang terdedah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion.

(4)

Mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang menjalankan pemeriksaan perubatan di bawah perenggan

(2)

(d)

atau subseksyen (3) hendaklah memberitahu pihak berkuasa berkenaan dalam borang yang ditetapkan mengenai tiap-tiap pekerja yang kesihatannya terganggu atau dipercayai dengan munasabahnya terganggu oleh sinaran mengion.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, ―pekerja‖ termasuk mana-mana orang yang bekerja di bawah arahan pemegang lesen, sama ada digaji olehnya atau tidak, semasa mengendalikan atau mengguna, atau yang akan bersentuhan dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran.

(6)

Menteri boleh menetapkan standard keselamatan asas bagi perlindungan pekerja dan semua orang lain terhadap sinaran mengion.