Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Lembaga Pelesenan Tenaga Atom

3. Penubuhan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom

Feedback & support
(1)

Maka adalah ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu badan yang hendaklah dikenali sebagai Lembaga Pelesenan

Tenaga Atom yang anggotanya hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota lain, yang kesemua mereka hendaklah mempunyai kelayakan dalam bidang sains atau teknik yang relevan dengin tenaga atom atau lain cabang ilmu pengetahuan berkaitan dengannya. Antara anggota itu hendaklah terdapat, seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab atas kesihatan dan seorang lagi daripada Kementerian yang bertanggungjawab atas perkara di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula.

(4)

Pelantikan mana-mana anggota Lembaga boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri tanpa memberi apa-apa sebab.

(5)

Seorang anggota Lembaga boleh dengan surat yang ditandatanganinya yang dialamatkan kepada Menteri meletakkan jawatannya dan perletakan jawatan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja ianya diterima oleh Menteri.

(6)

Anggota Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan kerja Lembaga sebagaimana ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Report

Bahagian III

Kawalan dan Pelesenan

Bahagian IV

Pembatalan, Penggantungan dan Pembaharuan Lesen

Bahagian V

Kesihatan dan Keselamatan

Bahagian VI

Pelupusan Sisa Radioaktif

Bahagian VII

Rayuan

Bahagian VIII

Kuasa Menyita dan Menangkap, Kesalahan dan Lucut Hak

Bahagian IX

Liabiliti Terhadap Kerosakan Nuklear

Bahagian X