Seksyen 33
of Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984
Seksyen 33
(1)
Jika bila mana didapati oleh mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang disifatkannya perlu, ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan ada disembunyi, disimpan, dideposit atau distor apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, atau mana-mana buku atau dokumen secara langsung ataupun secara tidak langsung berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa urusan mengenai apa-apa jua bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang menjadi kesalahan, atau apa-apa urusan yang dicadangkan mengenainya yang akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kanan awam yang disebutkan namanya, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan―
(a)
memasuki premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan dan di situ menggeledah dan menyita apa-apa bahan radioaktif, bahan nukltar, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen;
(b)
menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan yang di dalam milik atau di bawah kawalannya bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen dijumpai, atau orang yang pegawai itu percayai dengan munasabahnya telah berurusan dalam bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu, atau telah berada dalam milik atau kawalan buku atau dokumen itu, atau telah membawa, menerima, menyembunyi, menyimpan.
mendeposit atau menstor bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
(2)
Pegawai itu boleh jika didapatinya perlu berbuat demikian, dengan atau tanpa bantuan―
(a)
memecah buka mana-mana pintu atau tingkap atau sebahagian daripada premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan untuk kemasukan ke dalamnya;
(b)
dengan kekerasan memasuki premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan dan kesemua bahagiannya;
(c)
dengan kekerasan mengalih apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengambilan yang dia berkuasa melaksanakan; dan
(d)
menahan tiap-tiap orang yang didapati berada di dalam atau di atas premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan sehingga premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan itu telah digeledah.