PERMULAAN
Tajuk ringkas
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 is Malaysia Act, cited as Act 304 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN
SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 304
AKTA PELESENAN TENAGA
ATOM 1984
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 27 Jun 1984
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 28 Jun 1984
3
Akta 304
Opening note
Tajuk ringkas
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
―ahli radiologi‖ ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang telah menerima latihan khas dan mempunyai pengetahuan khas
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
mengenai penggunaan atau pemakaian sinaran mengion bagi mendiagnosis apa-apa keadaan tubuh manusia;
―ahli radioterapi‖ ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang telah menerima latihan khas dan mempunyai pengetahuan khas mengenai penggunaan atau pemakaian sinaran mengion atau suatu bahan ditetapkan bagi maksud untuk merawat atau mengurangkan apa-apa keadaan tak normal tubuh manusia atau bagi apa-apa maksud lain yang memerlukan pengetahuan khas tersebut;
―Akta ini‖ termasuklah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa jua perkara lain yang dibuat di bawah Akta ini, atau di bawah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain seperti itu;
―alam sekeliling‖ hendaklah mempunyai erti yang diberi kepada ungkapan itu dalam seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
[Akta 127] dan, selain itu, hendaklah meliputi alam sekeliling marin;
―bahan api nuklear‖ ertinya apa-apa bahan yang boleh mengeluarkan tenaga melalui suatu proses pembelahan nuklear berantai topang, sama ada ianya sahaja atau bercampur dengan sesuatu bahan lain, dan meliputi bahan boleh belah dalam bentuk logam uranium, aloi atau sebatian kimia, atau apa-apa bahan lain sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa melalui perintah dalam Warta sebagai bahan api nuklear bagi maksud
Akta ini;
―bahan nuklear‖ ertinya bahan api nuklear atau bahan lain yang digunakan bagi membuat bahan api nuklear;
―bahan radioaktif‖ ertinya apa-apa bahan api nuklear, hasil radioaktif atau sisa radioaktif;
―ditetapkan‖ ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;
―doktor pergigian berdaftar‖, ―pengamal perubatan berdaftar‖, ―ahli farmasi berdaftar‖ dan ―doktor veterinar berdaftar‖ masing-masing ertinya doktor pergigian, pengamal perubatan, ahli farmasi dan doktor veterinar yang didaftarkan sebagai sedemikian mengikut
Pelesenan Tenaga Atom 9
peruntukan undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran orang tersebut;
―insiden nuklear‖ ertinya apa-apa kejadian atau sini kejadian daripada punca yang sama yang menyebabkan kerosakan nuklear;
―kenderaan’ termasuklah kapal, kereta api, kereta, pesawat udara, dan mana-mana cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barangan boleh dibawa;
―kerosakan nuklear‖ ertinya apa-apa kehilangan nyawa, kecederaan ke atas seseorang, kehilangan, kehilangan penggunaan, atau kerosakan kepada, harta, atau kehilangan, kehilangan penggunaan, atau kerosakan kepada, alam sekeliling yang berbangkit atau berakibat dari—
sifat radioaktif atau percampuran sifat-sifat radioaktif dengan sifat-sifat toksik, eksplosif atau sifat berbahaya lain akan bahan api nuklear atau keluaran radioaktif atau sisa radioaktif dalam, atau akan bahan nuklear yang datang dari, berasal di. atau dihantar ke, suatu pepasangan nuklear; atau
sinaran mengion yang dikeluarkan melalui apa-apa sumber sinaran lain di dalam suatu pepasangan nuklear;
―Lembaga‖ ertinya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
―orang‖
ertinya mana-mana individu, perkongsian, badan persendirian atau awam sama ada diperbadankan atau tidak, institusi atau organisasi, atau mana-mana badan, institusi atau organisasi antarabangsa yang menikmati taraf sebagai orang di sisi undang-undang di bawah undang-undang negara atau wilayah negara pepasangan nuklear itu terletak;
―pegawai kanan awam‖ ertinya mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis secara am atau khusus oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan kuasa di bawah Akta ini dan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan jika dia adalah pihak berkuasa berkenaan;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
―pemegang lesen‖ ertinya pemegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
―pengendali pepasangan‖ ertinya seorang yang dilesenkan di bawah
Akta ini oleh pihak berkuasa berkenaan sebagai pengendali pepasangan nuklear;
―pepasangan nuklear‖ ertinya―
mana-mana reaktor nuklear selain reaktor yang dilengkapkan kepada suatu alat pengangkutan laut atau alat pengangkutan udara untuk digunakan sebagai sumber kuasa, sama ada bagi maksud menggerakkannya atau bagi apa-apa maksud lain;
mana-mana kilang yang menggunakan bahan api nuklear untuk mengeluarkan bahan nuklear;
mana-mana kilang yang menggunakan bahan nuklear untuk mengeluarkan bahan api nuklear atau mana-mana kilang yang direka bentuk atau dipadankan untuk memproses bahan nuklear, termasuk memproses semula bahan api nuklear yang disinar; atau
mana-mana kemudahan di mana bahan nuklear diletakkan atau distorkan selain penstoran yang bersampingan dengan pengangkutan bahan itu:
Dengan syarat pihak berkuasa berkenaan boleh menetapkan bahawa beberapa pepasangan nuklear yang dikendalikan oleh seorang pengendali pepasangan yang terletak di tapak yang sama hendaklah dianggap sebagai satu pepasangan nuklear;
―peraturan-peraturan‖ ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
―pihak berkuasa berkenaan‖ ertinya—
Ketua Pengarah Kesihatan jika aktiviti yang akan dilesenkan atau dilesenkan di bawah Akta ini adalah berkenaan dengan maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga; atau
Pelesenan Tenaga Atom 11
Lembaga jika aktiviti yang akan dilesenkan atau dilesenkan di bawah Akta ini adalah berkenaan dengan suatu maksud selain maksud perubatan;
―radas penyinaran‖ ertinya radas yang boleh mengeluarkan smaran mengion;
―reaktor nuklear‖ ertinya apa-apa struktur yang mengandungi bahan api nuklear yang sebegitu tersusun hingga membolehkan proses pembelahan nuklear berantai topang berlaku di dalamnya tanpa tambahan sumber neutron;
―sinaran mengion‖ ertinya sinaran elektromagnet atau sinaran zarah yang boleh mengeluarkan pengionan dalam perjalanannya melalui jirim;
―sisa radioaktif‖ ertinya apa-apa sisa yang mengandungi kesemua atau sebahagian daripada—
benda atau barang yang telah tercemar semasa mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan dibuat, disimpan atau digunakan, atau telah tercemar dengan tersentuh atau berdekatan dengan apa-apa sisa lain dalam erti perenggan (a) takrif ini;
―tenaga atom‖ ertinya segala tenaga dari apa jua jenis yang terbit daripada atau diwujudkan dengan transmutasi atom;
―urusan‖, berhubungan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penvinaran, ertinya apa-apa aktjviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang sedemikian itu yang dikilang diperdagang, dikeluar, diproses, dibeli, dipunyai, diguna, diangkut, dipindah, dikendali, dijual, distor, diimport atau dieksport.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Penubuhan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom
Maka adalah ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu badan yang hendaklah dikenali sebagai Lembaga Pelesenan
Tenaga Atom yang anggotanya hendaklah dilantik oleh Menteri.
Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota lain, yang kesemua mereka hendaklah mempunyai kelayakan dalam bidang sains atau teknik yang relevan dengin tenaga atom atau lain cabang ilmu pengetahuan berkaitan dengannya. Antara anggota itu hendaklah terdapat, seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab atas kesihatan dan seorang lagi daripada Kementerian yang bertanggungjawab atas perkara di bawah Akta ini.
Seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula.
Pelantikan mana-mana anggota Lembaga boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri tanpa memberi apa-apa sebab.
Seorang anggota Lembaga boleh dengan surat yang ditandatanganinya yang dialamatkan kepada Menteri meletakkan jawatannya dan perletakan jawatan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja ianya diterima oleh Menteri.
Anggota Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan kerja Lembaga sebagaimana ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Pengerusi Lembaga
Tertakluk kepada subseksyen (3), Pengerusi Lembaga hendaklah mempengerusikan semua mesyuaratnya.
Pengerusi tidak boleh mengundi atas apa-apa perkara di
Pelesenan Tenaga Atom 13
hadapan Lembaga kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 6 (3).
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk bertindak sebagai Pengerusi sementara di sepanjang sesuatu tempoh apabila―
Pengerusi tidak dapat atas apa jua sebab melaksanakan tugas dan fungsi atau menjalankan kuasanya di bawah
Akta ini; atau
jawatan Pengerusi adalah kosong, dan mana-mana anggota yang dilantik sedemikian untuk bertindak sebagai Pengerusi sementara boleh dengan sewajarnya melaksanakan tugas dan fungsinya dan menjalankan kuasa
Pengerusi di sepanjang tempoh itu.
Setiausaha eksekutif kepada Lembaga
Ketua jabatan dalam Kementerian yang bertanggungjawab atas perkara di bawah Akta ini hendaklah menjadi setiausaha eksekutif kepada Lembaga.
Mesyuarat Lembaga
Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.
Sekiranya bilangan undi didapati sama banyak atas apa-apa perkara di hadapan Lembaga, Pengerusi berhak memberi undi pemutus.
Kaedah-kaedah bagi mengawal selia mesyuarat dan prosiding
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia mesyuarat dan prosidingnya, dan mesyuarat dan prosiding jawatankuasa yang dilantik di bawah
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
seksyen 9.
Fungsi Lembaga
Lembaga hendaklah, selain apa-apa fungsi lain yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini, mempunyai fungsi-berikut:
memberi nasihat kepada Menteri dan Kerajaan
Malaysia atas perkara berhubungan dengan Akta ini dan mengenai perkembangan berhubungan dengannya khususnya berkaitan dengan implikasi perkembangan itu bagi Malaysia;
mengawal dan mengawasi pengeluaran, pemakaian dan penggunaan tenaga atom dan perkara yang bersampingan dengannya;
menubuhkan, menyenggarakan dan membangunkan kerjasama saintifik dan teknik dengan mana-mana badan, institusi atau organisasi lain berhubungan perkara-perkara nuklear atau tenaga atom sebagaimana difikirkan sesuai oleh Lembaga bagi maksud Akta ini;
jika diarahkan sedemikian oleh Kerajaan Malaysia, melaksanakan atau mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan obligasi yang timbul daripada perjanjian, konvensyen atau triti berhubungan dengan perkara nuklear atau tenaga atom yang Malaysia menjadi suatu pihak jika perjanjian, konvensyen atau triti itu berkaitan dengan maksud Akta ini; dan
untuk melakukan perkara-perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi-fungsi Lembaga di
.bawah Akta ini yang tidak bercanggah dengan maksud Akta ini, sama ada diarahkan ataupun tidak diarahkan oleh Menteri.
Jawatankuasa Lembaga
Lembaga boleh dari semasa ke semasa melantik beberapa jawatankuasa sebagaimana difikirkannya perlu atau
Pelesenan Tenaga Atom 15
suai manfaat bagi membantunya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen 7, jawatankuasa itu boleh mengawal selia tatacara masing-masing.
Anggota jawatankuasa itu boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain berkaitan dengan kerja jawatankuasa sebagaimana ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Kuasa mengenakan, menerima dan mendapatkan kembali fi
Lembaga adalah berkuasa mengenakan dan menerima fi dan, melalui Kerajaan Malaysia, mendapatkan kembali fi kerana apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga.
Kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah tidak menjejaskan kuasa Menteri di bawah subperenggan 68(2)(m).
Kuasa Menteri mengeluarkan arahan
Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi kepada
Lembaga arahan yang tidak bercanggah dengan Akta ini mengenai polisi yang dipatuhi dalam melaksanakan fungsi dan dalam menjalankan kuasa Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan itu.
Melesenkan pepasangan nuklear dan aktiviti
Tanpa menjejaskan kehendak mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun boleh―
berurusan dengan, memiliki atau melupus apa-apa
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran, melainkan jika dia adalah pemegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 16(5) oleh pihak berkuasa berkenaan bagi apa-apa maksud dan seperti yang dinyatakan dalam lesen.
Subseksyen (1) tidak terpakai berkenaan dengan―
mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang dibawa sebagai sebahagian daripada storan atau kelengkapan mana-mana kapal atau pesawat udara; dan sekiranya terdapat keraguan sama ada bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran dibawa sedemikian, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh
Lembaga menyatakan bahawa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu adalah atau bukan sebahagian daripada apa-apa storan atau kelengkapan itu adalah terakhir dan muktamad;
atau
mana-mana orang yang secara sah di sisi undang-undang bertindak di bawah pengawasan atau arahan seseorang yang memiliki lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Suatu lesen bagi penggunaan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran bagi maksud diagnosis atau terapeutik boleh dikeluarkan hanya kepada pengamal perubatan berdaftar, doktor veterinar berdaftar, ahli radiologi, ahli radioterapi atau doktor pergigian berdaftar.
Pengelasan lesen
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan di bawah subperenggan 68(2)(c) bagi pengelasan lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Tiada seorang pun boleh menggunakan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran bagi apa-apa maksud selain yang dinyatakan dalam
Pelesenan Tenaga Atom 17
lesen yang dikeluarkan kepadanya berkenaan dengan bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu.
Pengecualian bagi aktiviti mencarigali atau melombong dan perlunya membuat laporan
Untuk mengelakkan keraguan, ungkapan ―mengeluar‖
dan ―pengeluaran‖ dalam Akta ini berhubungan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan tidak termasuk sama ada aktiviti mencarigali atau melombong apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan.
Aktiviti ini hendaklah dikawal oleh undang-undang relevan yang berhubungan dengan perlombongan.
Mana-mana orang yang, pada menjalankan sama ada aktiviti mencarigali atau melombong atau kedua-duanya, menemui, menjumpai atau memperolehi apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan hendaklah dengan segera melaporkan hal itu secara bertulis kepada
Lembaga dan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh Lembaga dalam perkara itu, yang adalah arahan yang tidak bercanggah dengan undang-undang relevan yang berhubungan dengan perlombongan.
Pihak berkuasa pelesenan
Tertakluk kepada seksyen ini, pihak berkuasa pelesenan di bawah Akta ini ialah Lembaga.
Lembaga hendaklah memberi keizinan menyeluruh kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengeluarkan lesen yang berasingan bagi pihak Lembaga kepada mana-mana orang yang memohon lesen bagi menjalankan apa-apa aktiviti yang disebutkan dalam pengelasan lesen di bawah Akta ini jika aktiviti tersebut adalah dicadangkan maksud perubatan.
Ketua
Pengarah
Kesihatan hendaklah memproses permohonan dengan cara yang sama sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta ini bagi memproses lesen yang dikeluarkan oleh
Lembaga dan apa-apa sebutan kemudian dari ini mengenai ungkapan
―lesen‖ hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ertinya lesen yang dikeluarkan
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
oleh pihak berkuasa berkenaan yang adalah Ketua Pengarah
Kesihatan atau Lembaga, mengikut mana yang berkenaan.
Permohonan untuk lesen
Seseorang pemohon yang memohon lesen di bawah
Akta ini hendaklah mula-mula sekali membuat permohonan bagi maksud itu kepada Lembaga.
Apabila permohonan sedemikian dibuat,
Lembaga hendaklah menentukan sama ada aktiviti yang akan dilesenkan itu adalah untuk maksud perubatan atau suatu maksud selain maksud perubatan.
Jika Lembaga memutuskan bahawa aktiviti yang akan dilesenkan itu adalah berkenaan dengan maksud perubatan,
Lembaga hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Ketua
Pengarah
Kesihatan supaya
Ketua
Pengarah
Kesihatan menimbangkan permohonan itu.
Jika Lembaga memutuskan bahawa aktiviti yang akan dilesenkan itu adalah untuk suatu maksud selain maksud perubatan,
Lembaga hendaklah terus menimbangkan permohonan itu.
Pihak berkuasa berkenaan boleh selepas itu mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen dalam bentuk yang ditetapkan apabila dibayar fi yang ditetapkan atau boleh, jika difikirkannya patut, enggan mengeluarkan lesen itu.
Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah, melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, terus berkuat kuasa selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan dalam setiap kes.
Syarat lesen
Lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa berkenaan, dan pihak berkuasa itu juga boleh menambah, mengubah atau membatalkan syarat yang dikenakannya itu pada bila-bila masa.
Pelesenan Tenaga Atom 19
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), suatu lesen yang disebutkan dalam pengelasan lesen boleh dihadkan kepada bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan daripada jenis atau jenis-jenis tertentu, atau boleh dihadkan kepada maksud diagnosis atau terapeutik tertentu, yang terhad jenis dan keadaannya; dan suatu lesen yang dikeluarkan bagi radas penyinaran boleh dihadkan kepada jenis atau jenis-jenis tertentu atau boleh dihadkan kepada maksud diagnosis atau terapeutik tertentu yang terhad jenis dan keadaannya.
Cagaran bagi lesen
(1)
Pihak berkuasa berkenaan boleh menghendaki, sebelum sesuatu lesen dikeluarkan di bawah Akta ini, supaya diberi apa-apa cagaran sebagaimana ditetapkannya bagi maksud pematuhan yang wajar akan syarat lesen itu.
Tanpa menjejaskan peruntukan lain Akta ini, jika terdapat apa-apa jua perlanggaran terhadap mana-mana syarat lesen, cagaran itu atau sebahagian daripadanya sebagaimana ditentukan oleh pihak berkuasa berkenaan hendaklah dilucut hak kepada Kerajaan
Malaysia.
Daftar
(1)
Pihak berkuasa berkenaan hendaklah menyimpan dan menyenggara apa-apa daftar sebagaimana ditetapkan bagi maksud
Akta ini.
Kandungan tiap-tiap daftar itu boleh dibuktikan dalam mana-mana prosiding tanpa mengemukakan daftar itu dengan perakuan yang ditandatangani oleh pihak berkuasa berkenaan dan tiap-tiap perakuan itu hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai perkara yang dinyatakan di dalamnya.
Penyata
(1)
Tiap-tiap pemegang lesen yang ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran hendaklah membuat suatu penyata mengenai bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu kepada pihak berkuasa berkenaan sebagaimana ditetapkan.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Tiap-tiap penyata itu hendaklah menyatakan kuantiti dan jenis bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang ada dalam milik atau di bawah kawalan pemegang lesen itu berserta dengan apa-apa butir lain sebagaimana dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan dari semasa ke semasa.
Penyata tiap-tiap jualan bahan radioaktif, dll.
(1)
Suatu penyata mengenai tiap-tiap penjualan bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas peryinaran hendaklah dikemukakan kepada Lembaga oleh orang yang menjual bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran dalam masa dua minggu selepas penjualan itu dan penyata itu hendaklah mengandungi nama dan alamat yang disahkan orang yang kepadanya bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu dijual, sebagai tambahan kepada, apa-apa butir lain yang dikehendaki oleh Lembaga.
Jika bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran dijual bagi maksud perubatan, Lembaga hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada Ketua Pengarah
Kesihatan.
PEMBAHARUAN LESEN
Pembatalan atau penggantungan lesen
Pihak berkuasa berkenaan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya dalam mana-mana hal keadaan yang berikut membatalkan, atau menggantung selama tempoh yang difikirkannya patut, mana-mana lesen yang dikeluarkan olehnya di bawah Akta ini—
jika pemegang lesen berhenti menggunakan atau mengendalikan pepasangan nuklear yang berkenaan dengannya lesen itu telah dikeluarkan; atau
jika pada pendapat pihak berkuasa berkenaan adalah untuk kepentingan awam berbuat demikian.
Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, pihak berkuasa, berkenaan boleh, pada masa pembatalan atau penggantungan itu, atau dari semasa ke semasa selepas itu sepanjang baki tempoh yang jika tidak kerana pembatalan atau penggantungan itu lesen itu masih sah, memberi apa-apa arahan kepada pemegang lesen sebagaimana difikirkan perlu untuk kepentingan awam dan pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan itu.
Pemegang lesen tidak boleh membuat apa-apa tuntutan atau berhak mendapat pampasan kerana apa-apa kerugian terhadap dirinya disebabkan oleh pembatalan atau penggantungan lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau yang disebabkan oleh keengganan membaharui lesen itu.
Pembaharuan lesen
(1)
Lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh diperbaharui dari semasa ke semasa.
Permohonan untuk memperbaharui lesen hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa berkenaan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.
Pihak berkuasa berkenaan boleh atas permohonan itu memperbaharui lesen atau boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, enggan memperbaharui lesen itu.
Pemegang lesen hendaklah mendapatkan kelulusan pihak berkuasa berkenaan terlebih dahulu bagi pertukaran alamat
Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan mengenai apa-apa pertukaran alamat premis yang dinyatakan dalam lesen.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Perlindungan pekerja
(1)
Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan dari semasa ke semasa bagi perlindungan kesihatan dan keselamatan pekerja dan semua orang laisn daripada sinaran mengion, termasuk arahan dalam perkara mengenai:
pendedahan kepada orang ramai dan orang selain pekerja, tidak termasuk pendedahan perubatan;
Jika pihak berkuasa berkenaan mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana pekerja telah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion, pihak berkuasa berkenaan boleh menghendaki pemegang lesen―
menyediakan dan menghendaki pekerja itu memakai alat pengawasan personel yang diluluskan;
menyimpan rekod mengenai dos dan jenis sinaran mengion yang pekerja itu telah atau mungkin terdedah;
Pelesenan Tenaga Atom 23
memasang atau menggunakan alat pengawasan pada tempat kerja bagi merekod amaun sinaran mengion yang ada dan menyimpan rekod itu; dan
menyediakan pemeriksaan perubatan bagi pekerja itu oleh pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan pada lat-lat tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan.
Pihak berkuasa berkenaan boleh menurut budi bicaranya menghendaki pemegang lesen menyediakan pada lat-lat tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan pemeriksaan perubatan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan bagi semua atau mana-mana daripada pekerja pemegang lesen yang terdedah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion.
Mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang menjalankan pemeriksaan perubatan di bawah perenggan
(d)
atau subseksyen (3) hendaklah memberitahu pihak berkuasa berkenaan dalam borang yang ditetapkan mengenai tiap-tiap pekerja yang kesihatannya terganggu atau dipercayai dengan munasabahnya terganggu oleh sinaran mengion.
Bagi maksud seksyen ini, ―pekerja‖ termasuk mana-mana orang yang bekerja di bawah arahan pemegang lesen, sama ada digaji olehnya atau tidak, semasa mengendalikan atau mengguna, atau yang akan bersentuhan dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran.
Menteri boleh menetapkan standard keselamatan asas bagi perlindungan pekerja dan semua orang lain terhadap sinaran mengion.
Kawalan terhadap pelupusan sisa radioaktif
(1)
Tiada seorang pun boleh melupus atau menyebabkan dilupus apa-apa sisa radioaktif tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa berkenaan.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah seksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa berkenaan.
Kawalan terhadap penumpukkan sisa radioaktif
(1)
Tiada seorang pun boleh menumpukkan atau me-nyebabkan ditumpuk apa-apa sisa radioaktif di mana-mana premis tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa berkenaan .
Apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah seksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa berkenaan.
Jika pelupusan apa-apa sisa radioaktif telah dibenarkan di bawah seksyen 26 dan mengikut kebenaran itu sisa tersebut dikehendaki atau dibenarkan ditumpuk untuk tujuan dilupuskan kemudiannya, tiada apa-apa kebenaran lanjut di bawah seksyen ini diperlukan bagi mengumpuk atau menyebabkan ditumpuk sisa itu mengikut kebenaran yang diberi di bawah seksyen 26.
Bagi maksud seksyen ini, jika apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan dikeluarkan, disimpan atau diguna di dalam atau di atas mana-mana premis dan apa-apa benda yang terbit daripada pengeluaran, penyimpanan atau penggunaan bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan itu tertumpuk di mana-mana bahagian premis yang diuntukkan bagi maksud itu dan disimpan di situ bagi tempoh tidak kurang dari tiga bulan, benda yang terbit daripada pengeluaran, penyimpanan atau penggunaan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap―
ditumpukkan di premis untuk tujuan dilupuskan kemudiannya.
Pihak berkuasa berkenaan boleh mengarahkan pemegang lesen membetulkan keadaan jika kemudahan tidak mencukupi
Jika didapati oleh pihak berkuasa berkenaan tidak ada kemudahan yang mencukupi bagi menumpuk, menstor atau melupus apa-apa sisa radioaktif dengan selamatnya, pihak berkuasa berkenaan
Pelesenan Tenaga Atom 25
boleh mengarahkan pemegang lesen membetulkan situasi itu dan pemegang lesen hendaklah melaksanakan arahan itu.
Pihak berkuasa berkenaan boleh memerintah pemegang lesen atau orang lain mengambil langkah bagi melindungi nyawa, kesihatan dan harta
Jika situasi atau keadaan yang membahayakan nyawa, kesihatan, harta atau alam sekeliling terdapat di dalam atau di atas mana-mana premis, pepasangan nuklear, kenderaan atau tapak, pihak berkuasa berkenaan boleh mengarahkan pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang pada pendapatnya adalah bertanggungjawab bagi premis, pepasangan nuklear, kenderaan atau tapak itu, mengambil apa-apa langkah yang akan menghapus atau memberi perlindungan daripada berlakunya situasi atau keadaan itu.
Mengangkut sisa radioaktif dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak berkuasa berkenaan
(1)
Tiada seorang pun boleh mengangkut apa-apa sisa radioaktif tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak berkuasa berkenaan.
Apa-apa kebenaran yang diberi oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah seksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan perlu dikenakan oleh pihak berkuasa berkenaan bagi perlindungan orang ramai.
Budi bicara bagi meminta nasihat Ketua Pengarah Kualiti Alam
Sekitar
Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Bahagian ini, pihak berkuasa berkenaan boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, meminta nasihat Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar yang dilantik di bawah seksyen 3(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengenai apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
(1)
Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan apa-apa keputusan pihak berkuasa berkenaan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keputusan itu memberi notis rayuan secara bertulis kepada Menteri mengikut cara yang ditetapkan.
Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menyebab disampaikan kepada perayu notis bertulis yang menyatakan tarikh, masa dan tempat di mana rayuan itu akan dibicarakan:
Dengan syarat bahawa tarikh yang dinyatakan sedemikian hendaklah bagaimanapun tidak lebih awal daripada tiga puluh hari daripada tarikh penyampaian notis itu.
Alasan rayuan hendaklah dihantar kepada Menteri tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk pembicaraan rayuan.
Semasa pembicaraan rayuan itu perayu boleh hadir sama ada sendiri atau diwakili oleh peguam dan Menteri boleh meminta apa-apa keterangan yang difikirkannya patut.
Menteri boleh, selepas mendengar rayuan itu, membuat suatu perintah mengesahkan atau mengenepikan keputusan pihak berkuasa berkenaan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut, dan perintah Menteri adalah muktamad dan tidak boleh tertakluk kepada apa-apa rayuan atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah.
Semua pihak yang berkenaan hendaklah melaksanakan keputusan Menteri di dalam perkara itu.
Pelesenan Tenaga Atom 27
KESALAHAN DAN LUCUT HAK
Waran geledah
(1)
Jika bila mana didapati oleh mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang disifatkannya perlu, ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan ada disembunyi, disimpan, dideposit atau distor apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, atau mana-mana buku atau dokumen secara langsung ataupun secara tidak langsung berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa urusan mengenai apa-apa jua bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang menjadi kesalahan, atau apa-apa urusan yang dicadangkan mengenainya yang akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kanan awam yang disebutkan namanya, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan―
memasuki premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan dan di situ menggeledah dan menyita apa-apa bahan radioaktif, bahan nukltar, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen;
menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan yang di dalam milik atau di bawah kawalannya bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen dijumpai, atau orang yang pegawai itu percayai dengan munasabahnya telah berurusan dalam bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu, atau telah berada dalam milik atau kawalan buku atau dokumen itu, atau telah membawa, menerima, menyembunyi, menyimpan.
mendeposit atau menstor bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Pegawai itu boleh jika didapatinya perlu berbuat demikian, dengan atau tanpa bantuan―
memecah buka mana-mana pintu atau tingkap atau sebahagian daripada premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan untuk kemasukan ke dalamnya;
dengan kekerasan memasuki premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan dan kesemua bahagiannya;
dengan kekerasan mengalih apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengambilan yang dia berkuasa melaksanakan; dan
menahan tiap-tiap orang yang didapati berada di dalam atau di atas premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan sehingga premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan itu telah digeledah.
Hal keadaan untuk menggeledah tanpa waran
(1)
Jika bilamana didapati oleh mana-mana pegawai kanan awam bahawa ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan ada disembunyi, disimpan, dideposit atau distor, bersalahan dengan Akta ini, apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen seperti yang diperihalkan dalam subseksyen 33(1) dan dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dengan sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, tujuan penggeledahan itu mungkin terkecewa, dia boleh menjalankan dalam, atas dan berkenaan dengan premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan kesemuanya kuasa yang disebutkan dalam seksyen 33
dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh waran.
Mana-mana pegawai kanan awam boleh menahan dan menggeledah dan menyita jika perlu, mana-mana kenderaan yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa ianya digunakan bagi membawa apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, atau mana-mana barang lain yang boleh dilucut hak di bawah Akta ini.
Pelesenan Tenaga Atom 29
Hak masuk, dsb.
(1)
Tanpa menjejaskan seksyen 33 dan 34, mana-mana pegawai kanan awam hendaklah, bagi maksud Akta ini, mempunyai hak untuk―
memasuki, memeriksa dan menggeledah pada setiap masa mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan yang pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa ada distor atau disimpan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran atau ada apa-apa aktiviti yang sedang dijalankan yang berkenaan dengannya suatu lesen diperlukan di bawah Akta ini, bagi maksud memeriksa, menguji atau menentukur bahan, benda atau radas penyinaran itu, mengikut mana yang berkenaan;
atau
menghendaki pemegang lesen atau penduduk premis, tapak, atau pepasangan nuklear atau orang yang menjaga kenderaan untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang ada dalam milik atau kawalan pemegang lesen, penduduk atau orang itu berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang berkenaan dengannya suatu lesen diperlukan di bawah Akta ini sebagaimana ditetapkan oleh pegawai itu.
Mana-mana pegawai yang menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah menunjukkan surat kuasa atau dokumen pengenalannya apabila diminta.
Mengambil contoh, dll.
Tanpa menjejaskan peruntukan lain dalam Bahagian ini, mana-mana pegawai kanan awam boleh, semasa di dalam atau di atas premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan yang disebutkan dalam Bahagian ini—
mengambil, tanpa bayaran, apa-apa contoh mana-mana bahan atau benda yang dia percayai adalah bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau sisa radioaktif sebagaimana perlu bagi maksud pemeriksaan dan ujiannya; atau 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
membuat salinan atau cabutan daripada apa-apa lukisan, pelan atau dokumen yang didapati di dalamnya dan, bagi maksud membuat salinan atau cabutan sedemikian, boleh mengambil apa-apa lukisan, pelan atau dokumen itu selepas memberi suatu resit yang ditandatangan baginya dan menyimpannya selama tempoh tidak melebihi l empat belas hari.
Tanggung rugi Kerajaan Malaysia, pihak berkuasa berkenaan dan pegawai awam
Kerajaan Malaysia, pihak berkuasa berkenaan atau mana-mana pegawai awam yang bertindak di bawah Akta ini tidaklah bertanggungan untuk menanggung rugi mana-mana orang yang mengalami apa-apa kerosakan kepada harta atau kehilangan harta disebabkan oleh apa-apa kemasukan, penggeledahan atau penyitaan di bawah Akta ini melainkan jika kerosakan atau kehilangan itu telah disebabkan oleh keabaian sengaja atau keingkaran sengaja pihak berkuasa berkenaan atau pegawai awam itu.
Lucut hak
(1)
Mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran atau sisa radioaktif yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan atau mana-mana buku, dokumen atau kenderaan yang berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilucut hakkan.
Apa-apa barang yang diperintahkan dilucut hakkan di bawah
Akta ini hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana diarahkan oleh pihak berkuasa berkenaan.
Halangan terhadap pemeriksaan, penggeledahan atau penyiasatan mengenai kesalahan
Mana-mana orang yang—
enggan membenarkan mana-mana pegawai kanan awam akses ke mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan yang dia berhak mendapatnya di bawah
Akta ini;
Pelesenan Tenaga Atom 31
menyerbu, menghalang, menghindar atau melengahkan mana-mana pegawai kanan awam dalam melaksanakan mana-mana kemasukan yang dia berhak melaksanakan di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau kuasa yang diberi di bawah
Akta ini;
gagal mematuhi mana-mana tuntutan atau perintah mana-mana pegawai kanan awam yang sah di sisi undang-undang dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau kuasa yang diberi di bawah Akta ini;
enggan atau abai memberi kepada mana-mana pegawai kanan awam apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki dan yang ada padanya yang dia berkuasa untuk memberikannya;
memberi kepada mana-mana pegawai kanan awam maklumat dengan menyatakannya sebagai benar, maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu;
menyembunyi atau cuba menyembunyikan atau gagal mengemukakan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, bahan ditetapkan, radas penyinaran, sisa radioaktif, buku atau dokumen yang berhubungan dengannya terdapat alasan yang munasabah bagi mengesyaki suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini;
melepaskan diri atau cuba melepaskan diri daripada jagaan sah selepas ditangkap kerana suatu kesalahan di bawah Akta ini;
menyelamat atau cuba menyelamatkan atau menyebab diselamatkan mana-mana orang yang telah ditangkap dengan sempurnanya atau apa-apa barang yang telah disita dengan sempurnanya di bawah Akta ini; atau
sebelum atau selepas apa-apa jua penyitaan di bawah Akta ini, memecah atau memusnahkan apa-apa barang untuk menghalang penyitaan itu,
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kesalahan
(1)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini boleh, apabila disabitkan, jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu adalah melakukan kesalahan tersebut:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menyebabkan mana-mana orang tersebut itu bertanggungan sedemikian jika dia membuktikan bahawa dia menjalankan segala usaha yang wajar dan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mencegah berlakunya kesalahan itu dan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan dan pembiarannya.
Mana-mana orang yang tetap boleh dikenakan hukuman di bawah Akta ini kerana apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkannya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pengkhidmatnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mencegah perlakuan atau ketinggalan perkara itu dan bahawa perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan dan pembiarannya.
Tanpa menjejaskan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593] pendakwaan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan atau mana-mana pegawai kanan awam yang diberi kuasa secara bertulis
Pelesenan Tenaga Atom 33
pada amnya atau khasnya untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa berkenaan.
Kerahsiaan
Kecuali bagi maksud Akta ini atau mana-mana prosiding di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang didapatinya di bawah Akta ini.
Makna “pengendali pepasangan” bagi maksud Bahagian
Bagi maksud Bahagian ini, ―pengendali pepasangan‖ ertinya—
seorang yang dilesen di bawah Akta ini oleh pihak berkuasa berkenaan sebagai pengendali pepasangan nuklear; atau
seorang yang jika tidak kerana pembatalan atau penggantungan lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini tetap menjadi pemegang lesen yang sedemikian itu.
Liabiliti pengendali pepasangan
(1)
Pengendali pepasangan adalah bertanggungan terhadap kerosakan nuklear apabila dibuktikan bahawa kerosakan itu telah disebabkan oleh insiden nuklear—
yang melibatkan bahan nuklear yang datang atau berasal dari pepasangan nuklearnya, dan berlaku
sebelum liabiliti mengenai insiden nuklear yang melibatkan bahan nuklear itu diambil alih, menurut syarat nyata suatu kontrak secara bertulis, oleh seorang pengendali pepasangan yang lain; atau 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
jika tidak adanya syarat nyata yang sedemikian itu, selepas seorang pengendali pepasangan yang lain mengambil alih jagaan bahan nuklear itu; atau
selepas liabiliti mengenai insiden nuklear yang melibatkan bahan nuklear telah diambil alih olehnya, menurut terma nyata suatu kontrak secara bertulis, dari seorang pengendali pepasangan yang lain; atau
jika tidak adanya syarat nyata yang sedemikian itu, selepas dia mengambil alih jagaan bahan nuklear itu:
Dengan syarat bahawa jika kerosakan nuklear itu disebabkan oleh suatu insiden nuklear yang berlaku dalam suatu pepasangan nuklear dan melibatkan bahan nuklear yang distor bersampingan dengan pengangkutan bahan itu, perenggan (a) tidak terpakai jika seorang pengendali pepasangan yang lain atau mana-mana orang yang lain itu sendiri adalah bertanggungan sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b) atau (c).
Pengendali pepasangan adalah bertanggungan terhadap kerosakan nuklear apabila dibuktikan bahawa kerosakan itu telah disebabkan oleh suatu insiden nuklear yang melibatkan bahan nuklear yang sedang dibawa–
ke pepasangan nuklearnya dari suatu tempat yang terletak di luar Malaysia dari masa kenderaan yang membawa bahan nuklear itu memasuki Malaysia; atau
dari pepasangan nuklearnya ke suatu tempat di luar
Malaysia hingga kepada masa kenderaan yang membawa bahan nuklear itu meninggalkan Malaysia
Subseksyen (2) tidak terpakai jika –
ada perkiraan dwipihak atau berbilang pihak yang berlawanan antara Kerajaan Malaysia dan kerajaan negara dari mana atau ke mana bahan nuklear itu dibawa; atau
Pelesenan Tenaga Atom 35
ada apa-apa peruntukan yang berkuat kuasa dan berlawanan dalam suatu konvensyen antarabangsa yang
Kerajaan Malaysia dan kerajaan negara dari mana atau ke mana bahan nuklear itu dibawa adalah menjadi pihak;
Dan jika ada perkiraan atau konvensyen sedemikian yang berlawanan yang berkuat kuasa, maka liabiliti pengendali pepasangan dan semua orang yang lain hendaklah ditetapkan menurutnya.
Liabiliti terhadap kerosakan nuklear dari bahan nuklear dalam transit
(1)
Jika bahan nuklear sedang dibawa melalui Malaysia dalam transit ke destinasi yang dicadangkannya di luar Malaysia dan suatu insiden nuklear berlaku di Malaysia, maka orang yang dilesen bagi mengangkut bahan nuklear itu oleh pihak berkuasa kompeten di negara dari mana bahan nuklear itu dibawa keluar adalah bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan nuklear yang berlaku itu.
Tiada seorang pun boleh membawa bahan nuklear dalam transit melalui Malaysia ke destinasi yang dicadangkannya di luar
Malaysia melainkan jika orang itu—
memberi bukti yang memuaskan kepada Lembaga bahawa dia diberi kuasa berbuat demikian oleh negara dari mana bahan nuklear itu sedang dibawa keluar.
Liabiliti mutlak dan eksklusif
(1)
Liabiliti pengendali pepasangan terhadap mana-mana kerosakan nuklear adalah mutlak.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam
Bahagian ini, tiada seorang pun selain pengendali pepasangan adalah bertanggungan terhadap kerosakan nuklear.
Pengecualian terhadap liabiliti
(1)
Walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam Akta ini, tiada seorang pun adalah bertanggungan terhadap mana-mana
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
kerosakan nuklear yang disebabkan oleh insiden nuklear yang diakibatkan secara langsung oleh sesuatu perbuatan konflik bersenjata, permusuhan, perang saudara, penderhakaan atau suatu bencana alam yang besar dan luar biasa keadaannya.
Pengendali pepasangan tidaklah bertanggungan di bawah
Akta ini terhadap kerosakan nuklear—
kepada pepasangan nuklear itu sendiri atau kepada apa-apa harta di tapak pepasangan nuklear tersebut yang diguna atau akan digunakan berkaitan dengan pepasangan nuklear tersebut; atau
kepada kenderaan dalam mana bahan nuklear yang terlibat itu dibawa pada masa insiden nuklear itu berlaku.
Hak bertindak
(1)
Jika kerosakan nuklear telah disebabkan oleh insiden nuklear, pengendali pepasangan yang berkenaan adalah berhak bertindak hanya―
jika hak itu terdapat mengikut syarat nyata suatu kontrak secara bertulis dengan seorang pengendali pepasangan yang lain atau mana-mana orang lain;
jika insiden nuklear itu adalah akibat daripada suatu perbuatan atau peninggalan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan, terhadap orang yang bertindak atau tidak bertindak dengan niat tersebut; atau
jika insiden nuklear itu adalah akibat daripada bahan nuklear yang dicuri, terhadap orang yang mencuri atau telah menerima dengan menyalahi undang-undang bahan nuklear yang menyebabkan insiden itu.
Hak pengendali pepasangan berkenaan untuk bertindak di bawah seksyen ini tidaklah dengan apa cara pun menyentuh liabilitinya di bawah seksyen 45 kepada orang selain yang disebutkan dalam seksyen ini.
Pelesenan Tenaga Atom 37
Kerajaan hendaklah menuntut pampasan bagi kerosakan nuklear kepada alam sekeliling
Jika ada apa-apa kerosakan nuklear kepada alam sekeliling, suatu tuntutan untuk pampasan hendaklah dibuat oleh Kerajaan
Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri dalam Malaysia atau kedua-duanya, mengikut mana yang berkenaan, mengikut sama ada bahagian alam sekeliling yang rosak itu berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri dalam Malaysia atau kedua-duanya.
Kecuaian melampau atau tindakan sengaja pihak menuntut
Jika pengendali pepasangan membuktikan bahawa kerosakan nuklear tersebut telah disebabkan kesemuanya atau sebahagiannya sama ada oleh kecuaian melampau orang yang mengalami kerosakan itu atau oleh suatu perbuatan atau ketinggalan orang itu dengan niat untuk menyebabkan kerosakan, mahkamah boleh melepaskan pengendali pepasangan itu daripada membayar pampasan berkenaan dengan kerosakan yang dialami oleh orang itu.
Liabiliti yang tidak disentuh oleh Akta
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti pengendali pepasangan di luar kuasa Akta ini terhadap kerosakan nuklear yang mana, menurut perenggan 46(2)(b), dia tidak bertanggungan di bawah Akta ini.
Pembawa bahan nuklear atau orang yang mengendali sisa radioaktif dilantik sebagai pengendali pepasangan
Pihak berkuasa berkenaan boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan, melantik seorang pembawa bahan nuklear atau seorang yang mengendalikan sisa radioaktif, atas permintaan pembawa atau orang itu dan dengan persetujuan pengendali pepasangan berkenaan, sebagai pengendali pepasangan bagi menggantikan pengendali pepasangan tersebut berkenaan dengan bahan nuklear atau sisa radioaktif itu masing-masing. Apabila dilantik sedemikian pembawa atau orang itu hendaklah dianggap sebagai pengendali pepasangan bagi maksud Bahagian ini.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Beberapa pengendali pepasangan bertanggungan
(1)
Jika kerosakan nuklear melibatkan liabiliti kepada lebih daripada seorang pengendali pepasangan, semua pengendali pepasangan yang terlibat hendaklah, setakat mana kerosakan yang boleh dikaitkan kepada tiap-tiap seorang pengendali itu tidak semunasabahnya dapat diasingkan, bertanggungan secara bersesama dan berasingan.
Jika suatu insiden nuklear berlaku semasa bahan nuklear sedang dibawa di dalam Malaysia, sama ada dalam satu kenderaan yang sama, atau, dalam hal penstoran yang bersampingan dengan pembawaan, dalam satu pepasangan nuklear yang sama, dan menyebabkan kerosakan nuklear yang melibatkan liabiliti kepada lebih daripada seorang pengendali pepasangan, jumlah liabiliti tidak boleh lebih daripada amaun yang ditetapkan di bawah seksyen 59.
Tertakluk kepada subseksyen 61(2), dalam kedua-duanya kes disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) liabiliti mana-mana pengendali pepasangan tidak boleh lebih daripada amaun yang ditetapkan di bawah seksyen 59.
Liabiliti pengendali bagi beberapa pepasangan nuklear yang terlibat dalam suatu insiden nuklear
Tertakluk kepada seksyen 43, jika beberapa pepasangan nuklear yang dikendalikan oleh seorang pengendali pepasangan yang sama terlibat dalam suatu insiden nuklear, pengendali pepasangan itu adalah bertanggungan berkenaan dengan tiap-tiap satu pepasangan nuklear yang terlibat itu sebanyak amaun yang ditetapkan di bawah seksyen 59.
Kerosakan bukan nuklear disifatkan sebagai kerosakan nuklear
Bilamana kedua-dua kerosakan nuklear dan kerosakan selain kerosakan nuklear yang disebabkan oleh suatu insiden nuklear atau bersesama oleh suatu insiden nuklear dan satu atau beberapa kejadian lain, kerosakan itu hendaklah, setakat mana yang tidak semunasabahnya dapat diasingkan dari kerosakan nuklear itu, disifatkan bagi maksud Bahagian ini sebagai kerosakan nuklear yang disebabkan oleh insiden nuklear tersebut. Walau bagaimanapun, jika kerosakan itu disebabkan bersesama oleh suatu insiden nuklear yang peruntukan dibuat di bawah Bahagian ini dan oleh suatu pengeluaran
Pelesenan Tenaga Atom 39
sinaran mengion yang peruntukan tidak dibuat di bawah Bahagian ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh mengehad atau secara lain menyentuh liabiliti, sama ada berkenaan dengan mana-mana orang yang mengalami kerosakan nuklear, atau dengan mengambil tindakan atau mendapatkan sumbangan, atau mana-mana orang yang mungkin bertanggungan berkaitan dengan pengeluaran sinaran mengion itu.
Perakuan kepada pembawa
(1)
Pengendali pepasangan hendaklah memberi kepada pembawa bahan nuklear suatu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak penanggung insurans atau penggerenti kewangan lain yang memberi jaminan kewangan yang dikehendaki di bawah seksyen 60.
Perakuan itu hendaklah menyatakan nama dan alamat pengendali pepasangan dan amaun, jenis dan tempoh lamanya jaminan kewangan itu dan butir-butir ini tidak boleh dipertikaikan oleh orang yang untuknya atau bagi pihaknya perakuan itu dikeluarkan.
Perakuan itu hendaklah juga menyatakan bahan nuklear yang diliputi oleh jaminan kewangan itu dan hendaklah termasuk suatu pernyataan oleh pihak berkuasa berkenaan bahawa orang yang dilantik itu adalah seorang pengendali pepasangan dalam erti
Bahagian ini.
Beberapa pepasangan nuklear di atas tapak yang sama
Pihak berkuasa berkenaan boleh memutuskan supaya beberapa pepasangan nuklear yang dikendalikan oleh seorang pengendali pepasangan yang terletak atas tapak yang sama dianggap sebagai satu pepasangan nuklear bagi maksud Bahagian ini.
Penyiasatan mengenai insiden nuklear
(1)
Apa-apa insiden nuklear yang melibatkan pemakaian Akta ini hendaklah dilaporkan dengan serta-merta kepada Lembaga.
Pengendali pepasangan yang berkenaan hendaklah memberi kepada
Lembaga semua maklumat yang dikehendakinya untuk menilai takat kerosakan nuklear yang terlibat.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Lembaga hendaklah membuat suatu penyiasatan mengenai sebab dan takat kerosakan nuklear dari insiden nuklear itu, dan setakat mana yang difikirkannya berfaedah untuk kepentingan awam, dapatan Lembaga boleh diberi kepada orang awam dan kepada pihak yang terlibat bagi maksud Bahagian ini.
Pemeriksaan dan rawatan paksa
(1)
Selepas berlakunya sesuatu insiden nuklear, Lembaga boleh mengambil langkah yang sesuai bagi menentukan orang yang telah atau mungkin telah terdedah kepada sinaran mengion akibat daripada insiden nuklear itu.
Walau apa pun undang-undang yang berlawanan dan bagi maksud menguatkuasakan langkah yang disebutkan dalam subseksyen (1), Lembaga boleh―
menghendaki mana-mana orang yang disyaki terdedah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion supaya diperiksa doktor oleh pihak berkuasa atau badan kompeten yang dilantik oleh Menteri;
menyebabkan mana-mana orang itu dibawa ke hospital atau ke tempat lain yang dikhaskan untuk merawat, mengesan atau memerhatikan apa-apa kerosakan nuklear kepada orang tersebut, dan menahan orang tersebut sehingga dia boleh dilepaskan tanpa mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain; atau
menyebabkan suatu pemeriksaan post-mortem dilakukan ke atas mana-mana mayat jika kematian disyaki telah disebabkan oleh suatu insiden nuklear atau pendedahan kepada sinaran mengion.
Mana-mana orang yang enggan, tidak atau cuai mematuhi pemeriksaan, rawatan, pengesanan atau pemerhatian di bawah seksyen ini atau enggan atau menghalang pemeriksaan post-mortem ke atas mayat, di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau kedua-duanya.
Pelesenan Tenaga Atom 41
Had liabiliti
(1)
Walau apa pun undang-undang yang berlawanan tetapi tertakluk kepada Bahagian ini, liabiliti seorang pengendali pepasangan terhadap kerosakan nuklear di bawah Akta ini adalah dihadkan kepada suatu amaun yang senilai pada permulaan berkuat kuasa Akta ini dengan lima puluh juta ringgit bagi sesuatu insiden nuklear.
Lembaga boleh, dengan mengambil kira saiz dan jenis pepasangan nuklear, takat kerosakan yang terlibat atau apa-apa hal keadaan lain, menetapkan suatu had liabiliti yang berlainan daripada yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) tetapi had liabiliti yang berlainan itu hendaklah, dalam apa keadaan pun tidak boleh kurang daripada amaun yang senilai pada permulaan berkuat kuasa Akta ini dengan dua belas juta ringgit bagi sesuatu insiden nuklear.
Amaun yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2)
tidaklah termasuk apa-apa bunga atau kos yang diaward oleh mahkamah dalam tindakan untuk mendapatkan pampasan bagi kerosakan nuklear.
Jaminan kewangan
(1)
Tiada apa-apa lesen untuk mengendalikan suatu pepasangan nuklear atau mengimport atau mengeksport bahan nuklear ke Malaysia atau dari Malaysia boleh dikeluarkan di bawah
Akta ini oleh pihak berkuasa berkenaan kepada seorang pengendali pepasangan atau mana-mana orang lain melainkan jika pengendali pepasangan atau orang lain menjamin dan menyenggara insurans atau jaminan kewangan lain yang meliputi liabilitinya terhadap kerosakan nuklear di bawah Akta ini.
Lembaga hendaklah menetapkan jenis dan terma insurans atau jaminan kewangan lain yang hendaklah dijaminkan atau disenggarakan oleh pengendali pepasangan atau mana-mana orang lain, dan insurans atau jaminan kewangan lain itu yang boleh termasuk insurans persendirian, tanggung rugi kontrak persendirian, insurans diri atau gabungan daripadanya atau keterangan lain mengenai keupayaan kewangan bagi membayar pampasan di bawah
Akta ini.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Walau apa pun undang-undang yang berlawanan tiada seorang pun penanggung insurans atau penggerenti kewangan lain boleh menggantung, membatal atau mengubah jenis dan terma-terma insurans atau jaminan kewangan lain yang diadakan di bawah seksyen ini tanpa memberi sekurang-kurangnya dua bulan notis bertulis kepada Lembaga tentang niatnya untuk berbuat demikian, atau setakat mana insurans atau jaminan kewangan lain itu berkaitan dengan membawa bahan nuklear, dalam tempoh pembawaan yang berkenaan itu.
Tanggung rugi Kerajaan
(1)
Kerajaan Malaysia boleh, di mana didapatinya perlu untuk berbuat demikian, menanggung rugi pengendali pepasangan yang bertanggungan dan memperuntukkan wang yang perlu bagi membayar tuntutan pampasan kerana kerosakan nuklear yang telah ditetapkan untuk dibayar oleh pengendali itu setakat mana wang yang diperolehi dari insurans atau lain-lain jaminan kewangan itu tidak mencukupi untuk menjelaskan tuntutan itu:
Dengan syarat bahawa tanggung rugi yang diperuntukkan sedemikian oleh Kerajaan Malaysia, berserta wang yang diperolehi dari insurans atau jaminan kewangan lain, tidaklah boleh pada agregatnya melebihi amaun yang ditetapkan di bawah seksyen 59
bagi sesuatu insiden nuklear.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), jika didapati bahawa tuntutan bagi pampasan kerana kerosakan nuklear yang disebabkan oleh suatu insiden nuklear mungkin melebihi had liabiliti yang ditetapkan di bawah seksyen 59, Lembaga hendaklah memberi suatu laporan kepada Menteri bersama dengan syornya supaya diperuntukkan wang tambahan bagi membayar tuntutan pampasan itu dan Menteri hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan dengan serta-merta dalam Dewan Rakyat.
Apabila laporan itu dibentangkan di hadapannya, Dewan
Rakyat boleh melalui ketetapan memperuntukkan wang tambahan bagi maksud itu jika didapatinya perlu bagi kepentingan negara bahawa had liabiliti yang ditetapkan di bawah seksyen 59 sepatutnya dilebihi tetapi tidak sebaliknya.
Pelesenan Tenaga Atom 43
Campur tangan dalam prosiding mahkamah
Jika, selepas berlakunya suatu insiden nuklear, Kerajaan
Malaysia bercadang menanggung rugi pengendali pepasangan menurut seksyen 61, mahkamah yang menghakimi mana-mana tuntutan pampasan yang berbangkit dari insiden nuklear itu hendaklah membenarkan Kerajaan Malaysia campur tangan dalam prosiding itu pada bila-bila masa sebelum keputusan muktamad dibuat.
Penetapan hak dan tindakan
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), hak mendapat pampasan di bawah Akta ini adalah terhenti dua puluh tahun selepas tarikh insiden nuklear itu.
Tindakan untuk pampasan di bawah Akta ini adalah terhalang melainkan ianya dibawa dalam tempoh dua puluh tahun dari tarikh orang yang menanggung kerosakan nuklear itu tahu atau semunasabahnya telah tahu mengenai kerosakan itu:
Dengan syarat bahawa—
mana-mana orang yang mengaku telah menanggung kerosakan nuklear dan yang telah membawa suatu tindakan untuk pampasan dalam tempoh yang berkenaan menurut subseksyen ini boleh meminda tuntutannya untuk mengambil kira apa-apa tambahan kepada kerosakan itu, walaupun selepas tamat tempoh tersebut; dan
Penetapan mengenai bahan nuklear yang dicuri, hilang, dibuang atau ditinggalkan
(1)
Jika kerosakan nuklear disebabkan oleh suatu insiden nuklear yang melibatkan bahan nuklear yang pada bila-bila masa telah dicuri, hilang, dibuang atau ditinggalkan, tempoh yang ditetapkan untuk membuat tuntutan pampasan menurut seksyen 63
hendaklah dikira dari tarikh insiden nuklear itu dan bukan dari tarikh bahan nuklear itu dicuri, hilang, dibuang atau ditinggalkan.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
Untuk mengelakkan keraguan, tindakan untuk pampasan dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dibuat terhadap pengendali pepasangan menurut seksyen 45 tetapi tidak menyentuh, bagaimanapun, kepada hak bertindaknya di bawah seksyen 47 dan mana-mana orang yang terhadapnya pengendali pepasangan mempunyai hak bertindak di bawah seksyen 47 tidak berhak membawa apa-apa tuntutan pampasan terhadap pengendali pepasangan itu.
Bila tuntutan melebihi had maksimum
Apabila didapati bahawa kerosakan nuklear yang disebabkan oleh suatu insiden nuklear mungkin melebihi had liabiliti yang ditetapkan di bawah seksyen 59, dan apabila permohonan dibuat oleh
Kerajaan Malaysia dimana ia bercadang untuk bertindak menurut seksyen 61, mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam perkara itu hendaklah mengeluarkan apa-apa perintah, yang perlu untuk memastikan pembahagian yang saksama akan pampasan, termasuk perintah mengumpukkan pembayaran yang akan dibuat kepada pihak menuntut dan perintah yang membenarkan pembayaran separa dibuat sebelum jumlah tuntutan diputuskan dengan muktamad.
Pengecualian
Tanpa menjejaskan hak pampasan di bawah mana-mana undang-undang lain, Menteri boleh, jika dia memutuskan bahawa risiko yang terlibat adalah kecil, mengecualikan mana-mana jumlah kecil ditetapkan dari apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan daripada pemakaian Bahagian ini.
Pewakilan kuasa dan tugas
(1)
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa arahan khas atau am, mewakilkan kepada mana-mana orang atau mana-mana golongan orang (sama ada atas nama atau jawatan)
mana-mana daripada kuasa dan tugasnva di bawah Akta ini sebagaimana difikirkannya patut.
Pelesenan Tenaga Atom 45
Apa-apa perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan atau diubah oleh Lembaga.
Peraturan-peraturan
(1)
Menteri boleh, bagi maksud menjalankan peruntukan-Akta ini, membuat peraturan-peraturan, termasuk peraturan-peraturan―
bagi mengawal, mengawasi dan melesen pengeluaran, pemakaian dan penggunaan tenaga atom; dan
bagi mengawal selia pengeluaran, pengimportan, pengeksportan, pengangkutan, penapisan, pemilikan, pemunyaan, penggunaan, penjualan atau pelupusan atau urusan lain mengenai apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran atau apa-apa benda lain yang pada pendapat Menteri boleh digunakan bagi pengeluaran, penggunaan atau pemakaian tenaga atom.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh juga dibuat bagi semua atau mana-mana maksud berikut—
membuat peruntukan bagi memastikan supaya apa-apa keluaran radioaktif atau sisa radioaktif dari mana-mana sumber ditumpuk atau dilupuskan dengan selamat;
menetapkan cara mengolah atau melupuskan mana-mana kenderaan, bungkusan atau bekas yang telah digunakan untuk mengangkut, mengisi atau menstor apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran atau sisa radioaktif;
menetapkan bagi maksud apakah mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran boleh digunakan dan memperuntukkan pengelasan lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
melarang atau menyekat penggunaan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear tertentu atau benda ditetapkan, atau mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear tertentu
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 304
atau benda ditetapkan yang mengandungi kepekatan sesuatu unsur kimia radioaktif lebih daripada yang ditentukan;
mematuhi pematuhan kepada standard yang berhubungan dengan penyukatan sinaran mengion;
mengawal selia keluaran preskripsi yang mengandungi apa-apa benda ditetapkan yang dibuat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;
mengawal selia pendispensaan dan pensebatian preskripsi yang mengandungi apa-apa benda ditetapkan yang dibuat oleh ahli farmasi yang berdaftar;
mengadakan peruntukan berkenaan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran supaya membuat penyata mengenainya dan mengenai jenis dan kuantiti bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang ada;
mengadakan peruntukan mengenai penyimpanan rekod oleh pembeli bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran dengan menyebutkan bagi maksud apakah bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu digunakan, dan mengenai pemeriksaan rekod ini, dan mengenai pembuatan penyata dari catatan dalam rekod ini;
mengadakan peruntukan supaya rekod disimpan mengenai semua pemakaian sinaran mengion atau benda ditetapkan bagi maksud diagnosis atau terapeutik;
mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi permohonan dan menetapkan borang permohonan, lesen, daftar, notis dan dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud Akta ini;
Pelesenan Tenaga Atom 47
menetapkan fi berkenaan dengan mana-mana lesen di bawah Akta ini atau bagi apa-apa perkara yang berkenaan dengannya fi boleh dikenakan di bawah Akta ini;
Pengecualian
(1)
Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, dengan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat dikenakan, mengecualikan mana-mana orang atau mana-mana golongan orang dari mana-mana atau semua peruntukan
Akta ini.
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Pemansuhan Akta Benda-Benda Radioaktif 1968 [Akta 17/68]
Akta Benda-Benda Radioaktif 1968 adalah dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa apa-apa permit yang dikeluarkan di bawah
Akta tersebut adalah tetap sah dan disifat telah dikeluarkan sebagai suatu lesen di bawah Akta ini oleh pihak berkuasa berkenaan, bergantung atas sama ada aktiviti yang dilesenkan itu adalah berkenaan dengan maksud perubatan atau suatu maksud selain maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, dan hendaklah berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan di dalamnya.
Perjalanan kuat kuasa Akta
Akta ini adalah sebagai tambahan kepada, dan bukan mengurangkan kuasa mana-mana undang-undang lain berhubungan dengan barangan berbahaya yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian dalam Malaysia.
48
AKTA 304
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
−TIADA−
49
AKTA 304
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
−TIADA−
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.