Skip to content

Seksyen 34

Hal keadaan untuk menggeledah tanpa waran

of Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984

ActIn forceProvision 34 of 71
Seksyen 34

(1)

Jika bilamana didapati oleh mana-mana pegawai kanan awam bahawa ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan ada disembunyi, disimpan, dideposit atau distor, bersalahan dengan Akta ini, apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen seperti yang diperihalkan dalam subseksyen 33(1) dan dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dengan sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, tujuan penggeledahan itu mungkin terkecewa, dia boleh menjalankan dalam, atas dan berkenaan dengan premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan kesemuanya kuasa yang disebutkan dalam seksyen 33

dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh waran.

(2)

Mana-mana pegawai kanan awam boleh menahan dan menggeledah dan menyita jika perlu, mana-mana kenderaan yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa ianya digunakan bagi membawa apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, atau mana-mana barang lain yang boleh dilucut hak di bawah Akta ini.

Pelesenan Tenaga Atom 29

Hak masuk, dsb.