Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 · Updated to 1 Nov 2015 · Bahagian IV · Pengawasan dan Kawalan
17. Pemeriksaan buku, dll., dan kuasa untuk menyiasat hal ehwal Bank
Feedback & supportMenteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang secara bertulis untuk memeriksa pada bila-bila masa buku, akaun, kertas, cagaran, dan wang tunai yang ada dalam Bank atau mana-mana subsidiarinya; dan tiap-tiap pegawai Bank atau pegawai subsidiari, termasuk tiap-tiap pegawai yang dahulu, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apa-apa buku, akaun, kertas dan cagaran yang berhubungan dengan transaksi dan perjalanan Bank atau subsidiari itu sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa itu.
Mana-mana pegawai, termasuk mana-mana pegawai Bank atau pegawai subsidiari yang dahulu yang tidak mematuhi apa-apa kehendak seseorang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang secara bertulis untuk menjalankan suatu penyiasatan, di bawah keadaan rahsia, mengenai buku, akaun dan transaksi Bank atau mana-mana subsidiarinya, jika dia ada sebab untuk percaya bahawa Bank atau subsidiari itu menjalankan urusannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan ahli atau pendepositnya, atau tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk meliputi liabilitinya kepada orang ramai, atau melanggar Akta ini.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 202
Bagi maksud suatu penyiasatan di bawah subseksyen (3),
Bank dan subsidiari itu hendaklah membenarkan orang yang diberi kuasa itu akses kepada buku, akaun, dan dokumen, dan hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengadakan apa-apa kemudahan yang dikehendakinya untuk menjalankan penyiasatan itu.
Jika
Bank atau subsidiari itu tidak mematuhi subseksyen (4), ia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.