Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 · Updated to 1 Nov 2015 · Bahagian IV · Pengawasan dan Kawalan
20. Subsidiari Bank
Feedback & supportLembaga boleh menubuhkan subsidiari di bawah Akta
Syarikat 1965, tetapi sebelum berbuat demikian Lembaga hendaklah mengemukakan cadangannya bagi maksud itu kepada Menteri dan
Menteri Kewangan, dan tiada subsidiari boleh ditubuhkan melainkan jika cadangan itu telah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan
Menteri Kewangan.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, subsidiari yang ditubuhkan oleh Bank sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah.
Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan Bank supaya menggulung mana-mana subsidiarinya yang ditubuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan pengarah hendaklah mematuhi arahan itu.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah bagi
Lembaga untuk membenarkan secara bertulis mana-mana pegawai atau pekerja Bank memegang apa-apa jawatan eksekutif dalam mana-mana subsidiari Bank.