Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 · Updated to 1 Nov 2015 · Bahagian IV · Pengawasan dan Kawalan
18. Maklumat kepada Menteri
Feedback & supportBank hendaklah, sekali dalam tiap-tiap tiga bulan, mengemukakan kepada Menteri atau kepada seorang pegawai yang ditetapkan oleh Menteri dan kepada Menteri Kewangan atau kepada seorang pegawai yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan suatu laporan mengenai aset dan liabiliti Bank dan suatu pernyataan yang menunjukkan butir-butir semua pendahuluan dan pinjaman yang telah diberikan kepada—
mana-mana pengarahnya, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4);
mana-mana firma atau perbadanan yang dalamnya mana-mana pengarah Bank, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4), mempunyai kepentingan sebagai seorang pekongsi, pengarah, pengurus, atau ejen;
mana-mana subsidiari Bank;
mana-mana individu, firma, atau perbadanan yang penjaminnya ialah pengarah Bank, sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 15(4);
mana-mana pegawai atau pekerjanya yang melebihi enam bulan saraan pegawai atau pekerja itu; dan
mana-mana perbadanan, selain perbadanan yang baginya perenggan (d), terpakai, yang dalamnya mana-mana pengarah, pegawai, atau pekerja Bank mempunyai
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 21
kepentingan sebagai seorang pengarah, pengurus, ejen, atau penjamin.
Jika, apabila diperiksa laporan dan pernyataan yang dikemukakan oleh Bank di bawah subseksyen (1), ternyata pada
Menteri atau pegawai yang ditetapkan oleh Menteri itu bahawa apa-apa pendahuluan atau pinjaman yang diberikan memudaratkan kepentingan ahli atau pendeposit Bank, Menteri atau, atas arahan
Menteri, pegawai yang ditetapkan itu boleh, dengan persetujuan
Menteri Kewangan, melalui perintah secara bertulis melarang Bank daripada memberikan apa-apa pendahuluan atau pinjaman selanjutnya atau mengenakan apa-apa sekatan ke atas pemberian selanjutnya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri atau pegawai yang ditetapkan itu, dengan persetujuan Menteri Kewangan, dan boleh selanjutnya, dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengarahkan Bank supaya mendapatkan pembayaran balik apa-apa pendahuluan atau pinjaman dalam apa-apa tempoh dan setakat yang dinyatakan dalam perintah itu.