Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Pegawai dan Pekerja Bank
14A. Tatatertib
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian.
Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekerjanya.
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—
boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;
boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Bank dan hukuman itu boleh meliputi—
peringatan;
amaran;
penangguhan pergerakan gaji;
pengurangan gaji;
penurunan pangkat; dan
buang kerja;
hendaklah memberi peluang kepada pegawai atau pekerja yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib;
boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji seseorang pegawai atau pekerja semasa menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan untuk membuang kerjanya atau menurunkan pangkatnya;
Bank Simpanan Nasional 19
boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa gaji pegawai atau pekerja—
jika pegawai atau pekerja itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau
jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dikenakan ke atas pegawai atau pekerja itu; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi tatacara pendengaran rayuan oleh Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 14C.
Bahagian V
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank
Bahagian VI
Peruntukan Kewangan
Bahagian VII
Bahagian VIII