Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Pegawai dan Pekerja Bank
Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Pegawai dan Pekerja Bank
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib boleh dirayu kepada
Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan
Tatatertib dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan
dua orang anggota lain yang boleh terdiri daripada ahli
Lembaga Pengarah, pegawai atau apa-apa kombinasi ahli
Lembaga Pengarah dan pegawai yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib bagi maksud rayuan itu dengan syarat bahawa—
Ahli Lembaga Pengarah atau pegawai itu bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya menjadi hal perkara rayuan itu; dan
pegawai itu tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang membuat rayuan itu.
Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
Lembaga Rayuan Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VIII