Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Pegawai dan Pekerja Bank
15. Pertukaran anggota perkhidmatan awam ke Bank
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan ialah seorang anggota perkhidmatan awam dan yang pada pendapat Menteri perlu bagi perjalanan sempurna Bank hendaklah bermula dari tarikh itu menjadi seorang pegawai atau pekerja
Bank, mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatannya sebaik sebelum tarikh itu.
Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah, menurut kuasa subseksyen (1), menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank boleh tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan memilih secara bertulis sama ada hendak meneruskan perkhidmatan dengan Bank atau kembali kepada perkhidmatan awam; dan jika dia memilih untuk kembali kepada perkhidmatan awam, dia hendaklah dengan itu kembali kepada perkhidmatan itu mengikut terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatannya jika dia tidak menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank menurut kuasa subseksyen (1); dan perkhidmatannya dengan Bank hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.
Seseorang anggota perkhidmatan awam yang kembali kepada perkhidmatan awam di bawah subseksyen (2) boleh, oleh sebab kekosongan tidak ada dengan serta-merta untuknya dalam perkhidmatan awam, dikehendaki oleh Kerajaan, dan Bank hendaklah membenarkannya, terus lagi berkhidmat dengan Bank selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun.
Pada menentukan sama ada terma dan syarat perkhidmatan kurang atau tidak kurang baiknya, sebagaimana yang disebut terdahulu, perhatian
Bank Simpanan Nasional 23
hendaklah diberi kepada gaji, syarat berhubung dengan penamatan perkhidmatan, faedah persaraan, rawatan perubatan, rumah kediaman, elaun, cuti dan tambang ke luar negeri (jika ada) bagi dirinya dan keluarganya dan apa-apa faedah lain sama ada diperuntukkan bagi dirinya atau balunya atau orang tanggungannya.
Sesuatu soal yang timbul mengenai sama ada sesuatu terma dan syarat perkhidmatan kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2) hendaklah dirujukkan kepada Menteri dan keputusannya mengenai hal itu muktamad.
Bahagian V
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank
Bahagian VI
Peruntukan Kewangan
Bahagian VII
Bahagian VIII