Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian IV · Pegawai dan Pekerja Bank
14D. Surcaj
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang sedang atau telah bekerja dengan Bank boleh disurcaj jika ternyata kepada Bank bahawa orang itu—
tidak atau telah gagal memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Bank yang bagi pemungutannya menjadi atau telah menjadi tanggungjawabnya;
adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Bank yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi
Bank Simpanan Nasional 21
apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, kehilangan atau pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta Bank yang lain;
sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod dengan sepatutnya; atau
tidak membuat apa-apa pembayaran, atau yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Bank kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan
Bank.
Bank hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.
Jika penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Bank boleh mengenakan surcaj terhadap orang itu sebanyak suatu jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank.
Bank hendaklah menyebabkan supaya Ketua Eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan Ketua
Eksekutif hendaklah selepas itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
Bank boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Bank hendaklah dengan serta-merta menyebabkan supaya Ketua Eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu dan Ketua Eksekutif hendaklah memaklumkan orang yang disurcaj itu mengenai penarikan balik itu.
Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Bank oleh orang yang disurcaj itu dan boleh dibawa
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
guaman terhadapnya dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas tindakan guaman Bank dan boleh juga, jika diarahkan sedekimian oleh
Bank, didapatkan kembali melalui potongan daripada—
gaji orang yang disurcaj itu; atau
pencen orang yang disurcaj itu, secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian V
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank
Bahagian VI
Peruntukan Kewangan
Bahagian VII
Bahagian VIII