Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Bank
53. Section 53
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen konstituen Bank, jika Menteri, atau orang dilantik, telah, di bawah perenggan $ 4 9 ( 2 ) ( a ) $ mengambil alih kawalan Bank dan modal berbayar Bank telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset-aset yang ada, Menteri atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah bagi mengurangkan modal syer Bank dengan mengkensel apa-apa bahagian modal berbayarnya yang telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset-aset yang ada.
Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer Bank, maka Mahkamah boleh—
atas permohonan Menteri, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
jika, apabila habisnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh Bank kepada anggota-anggotanya supaya membayar syer mereka masing-masing, pembayaran bagi apa-apa syer tersebut belum lagi dibuat, juga memerintahkan supaya syer-syer itu yang pembayarannya belum lagi dibuat dikenselkan dengan sewajarnya.
Jika modal syer Bank dikurangkan menurut subseksyen (1), atau mana-mana syernya telah dikenselkan menurut subseksyen (2), maka Menteri, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyebabkan dokumen konstituen itu diubahpinda dengan sewajarnya.
Kuasa-kuasa yang diberikan kepada Menteri dan orang dilantik di bawah subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 64(1) Akta Syarikat 1965, dan jika sesuatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)—
Mahkamah Tinggi boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 64 Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan sesuatu permohonan bagi pengesahan yang disebut di dalamnya; dan
subseksyen 64(9) dan 64(10) Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai berhubungan dengannya.