Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Bank
46. Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya pemeriksaan dibuat
Feedback & supportMenteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan manamana orang membuat sesuatu pemeriksaan mengenai buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi Bank dan pejabatnya di dalam dan di luar Malaysia jika dia mengesyaki bahawa Bank sedang menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan, atau yang mungkin memudaratkan, kepentingan pendeposit atau pemiutangnya, atau mempunyai aset yang tak cukup untuk meliputi liabilitinya kepada orang awam, atau sedang melanggari mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.