Skip to content

Seksyen 17

A·A454

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 18 of 65
Seksyen 17
(1)

Bank Negara boleh jika ia berpuashati bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian menghendaki bank-bank berlesen menyenggara suatu jumlah atau jumlah-jumlah minima aset yang dinyatakan dalam seksyen-kecil (2) untuk dipegang di Persekutuan, yang dikira mengikut suatu atau beberapa peratusan daripada tanggungan semasa, tanggungan akaun simpanan tanggungan bermasa dan lain-lain tanggungan deposit bagi tiap-tiap satu bank samada bersesama atau berasingan.

liabiliti lia b'lih

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen-kecil (1) aset yang dinyatakan itu ialah—

(a)

aset yang dinyatakan dalam seksyen-kecil (6) seksyen 16;

(b)

pinjaman-pinjaman atau pendahuluan-pendahuluan yang diberi kepada orang-orang di Persekutuan;

(c)

cagaran-cagaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau oleh Kerajaan mana-mana Negeri atau oleh mana-mana pihakberkuasa awam yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang Persekutuan, dan mana-mana cagaran lain yang dikeluarkan di Persekutuan dan diluluskan bagi maksud-maksud seksyen ini oleh Bank Negara; dan

(d)

apa-apa aset lain di Persekutuan yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara bagi maksud-maksud seksyen ini.

(3)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi kehendak-kehendak seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari keingkaran itu berterusan.