Skip to content

Seksyen 19

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 20 of 65

Seksyen 19

(2)

Menteri atas syor Bank Negara boleh melantik seorang juruodit—

(a)

jika bank berlesen itu tidak melantik seorang juruodit; atau

(b)

jika difikirkannya perlu supaya seorang lagi juruodit bertindak bersama dengan juruodit yang dilantik di bawah seksyen-kecil (1), a alaw aba-ab hinbilitinya tanggunginnya yang lain yang ditentukan oleh

Bank Negara dan boleh menetapkan saraan yang akan dibayar oleh bank berlesen itu kepada juruodit itu.

(3)

Kewajipan-kewajipan juruodit yang dilantik di bawah seksyen-kecil (1) dan (2) ialah—

(a)

untuk menjalankan bagi tahun yang ia dilantik—

(i)

mengenai sesuatu bank yang diperbadankan di Persekutuan, pengoditan akaun-akaun bank itu; dan

(ii)

mengenai sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luar Persekutuan, pengoditan akaun-akaun bank itu berkenaan dengan pengendaliannya di Persekutuan; dan

(b)

membuat suatu lapuran menurut seksyen 174 Akta Syarikat, 1965—

(i)

mengenai sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di Persekutuan, berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunan; dan

(ii)

mengenai sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luan Persekutuan, berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunan berkenaan dengan pengendaliannya di Persekutuan.

(4)

(a)

Lapuran juruodit yang tersebut dalam perenggan (b) (i) seksyen-kecil (3) hendaklah dibentangkan bersama dengan lapuran pengarah-pengarah bank berlesen itu di mesyuarat agung tahunan bank itu; dan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai kanan bank itu yang bermaksud bahawa lapuran itu telah sedemikian dibentangkan hendaklah menyertai suratan-suratan yang dihantar di bawah perenggan (c) seksyen-kecil (1) seksyen 20.

(b)

Lapuran juruodit berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunan bagi sesuatu bank berlesen yang diperbadankan di luar Persekutuan yang dihantar di bawah perenggan (c) (i) seksyen-kecil (1) seksyen 20 boleh dibuat dengan cara yang mematuhi undang-undang yang pada masa itu dipakai di tempat perbadanan atau tempat asalnya.

(5)

Tiada seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam sesuatu bank berlesen lain daripada sebagai seorang pemegang syer, dan tiada seseorang pengarah atau pegawai bank itu layak dilantik sebagai juruodit bagi bank itu; dan seseorang yang dilantik sebagai juruodit bagi sesuatu bank berlesen yang selepas perlantikan itu memperolehi kepentingan itu atau menjadi seorang pengarah atau seorang pegawai bank itu hendaklah sertamerta berhenti daripada menjadi juruodit.

(6)

Kewajipan-kewajipan, kuasa-kuasa dan tanggungantanggungan yang dikenakan dan diberi oleh seksyen 35 berhubung dengan sesuatu penyiasatan oleh Bank Negara mengenai hal ehwal sesuatu bank berlesen di bawah seksyen 33 atau 34 adalah dengan ini dikenakan dan diberi berkenaan dengan juruodit-juruodit yang dilantik di bawah seksyen ini.

(7)

Sesuatu bank berlesen yang tidak mematuhi kehendak-kehendak seksyen-kecil (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.