Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian VII · Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen
39. Section 39
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank boleh menentukan bahawa mana-mana institusi berlesen, atau mana-mana kelas atau kategori institusi berlesen, sebagaimana yang diterangkan dalam penentuan itu, hendaklah memegang di Malaysia pada setiap masa apa-apa amaun minimum aset sebagaimana yang diterangkan dalam penentuan itu.
Amaun minimum aset yang hendak dipegang di Malaysia yang ditentukan di bawah subseksyen (1) hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi segala atau apa-apa liabiliti institusi di Malaysia sebagaimana yang diterangkan dalam penentuan itu.
Dalam suatu penentuan di bawah subseksyen (1), Bank boleh menentukan—
amaun-amaun minimum aset yang berlainan yang hendak dipegang di Malaysia oleh kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan;
jenis-jenis aset yang berlainan yang hendak dikelaskan sebagai aset yang hendak dipegang di Malaysia bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan;
jenis-jenis liabiliti yang berlainan yang hendak dikelaskan sebagai liabiliti bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan; atau
peruntukan-peruntukan yang berlainan bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang diperuntukkan di bawah penentuan itu, selain daripada sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (4).
Peruntukan-peruntukan seksyen 38 (4) hendak-lah terpakai mutatis mutandis berhubungan dengan suatu penentuan di bawah subseksyen (1).
Bahagian VIII
Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian IX
Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI