Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian VII · Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen

44. Section 44

(1)

Tiap-tiap institusi berlesen hendaklah membayar—

(a)

suatu fee lesen apabila dilesenkan;

(b)

suatu fee setelah mendapat keizinan bertulis daripada Bank di bawah seksyen 30 (a) untuk membuka apa-apa pejabat di Malaysia selain daripada pejabat di-tempat utama perniagaan; dan

(c)

suatu fee tahunan ke atas lesen yang dikeluarkan sedemikian dan berkenaan dengan setiap pejabat, termasuk pejabat di tempat utama perniagaan, setiap fee itu hendaklah dibayar tidak kurang daripada satu bulan sebelum tarikh ulangtahun lesen itu dikeluarkan, yang sekian amaun, atau yang dikira pada apa-apa kadar atau mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Bank.

(2)

Menteri boleh menetapkan di bawah subseksyen (1) fee-fee berlainan bagi lesen-lesen yang dikeluarkan bagi perniagaan-perniagaan berlainan yang ditentukan dalam seksyen 4, atau bagi kelas atau kategori institusi berlesen yang berlainan yang diputuskan mengikut saiz atau tempat institusi-institusi itu, atau berdasarkan apaapa kriteria lain yang difikirkan sesuai oleh Bank dalam membuat syor-syornya kepada Menteri.

(3)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, saiz sesuatu institusi berlesen hendaklah diputuskan berbandingan dengan bilangan pejabat yang dipunyainya di dalam dan di luar Malaysia, atau dengan nilai asetnya atau apa-apa kategori asetnya, atau dengan amaun liabilitinya atau apa-apa kategori liabilitinya, atau dengan apa-apa gabungan daripadanya itu.

Report

Bahagian VIII

Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian IX

Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian X

Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian XI

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules