Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian VII · Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen
41. Section 41
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam masa tiga bulan selepas penutupan setiap tahun kewangan sesuatu institusi berlesen, atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Bank, institusi berlesen itu hendaklah mengemukakan kepada Bank berkenaan dengan keseluruhan operasinya di Malaysia dua salinan bagi setiap satu dokumen yang berikut:
kunci kira-kira tahunan, akaun untung rugi tahunan dan penyata tahunannya yang beraudit terakhir sekali yang menyatakan sumber-sumber wangnya, dan tujuan-tujuan yang baginya, dan cara bagaimana, wang tersebut telah digunakan; dan
laporan daripada—
juruaudit di bawah seksyen 40 (11) (c); dan
dalam hal suatu institusi tempatan berlesen, pengarah-pengarah di bawah seksyen 169 (5) Akta Syarikat 1965; dan.
dalam hal suatu bank asing berlesen, pengarah-pengarah, yang disediakan mengikut cara yang diterangkan dalam seksyen 169 (5), (6), (7) dan (8) Akta Syarikat 1965 dan yang mengandungi perkara-perkara, maklumat, butir-butir dan butir-butir terperinci yang dikehendaki supaya terkandung dalam laporan di bawah seksyen tersebut, walaupun seksyen tersebut tidak terpakai bagi bank asing berlesen itu.
Dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu institusi berlesen hendaklah, sebagai tambahan kepada kehendak-kehendak di bawah subseksyen (1), mengemukakan kepada Bank
jika ia suatu institusi tempatan berlesen yang mempunyai pejabat atau subsidiari di luar Malaysia, segala dokumen yang disebutkan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan—
operasinya di setiap negara di luar Malaysia; dan
keseluruhan operasinya baik di dalam mahupun di luar Malaysia atas dasar disatukan dan.
jika ia suatu bank asing berlesen, kunci kirakira dan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, berkenaan dengan keseluruhan operasinya baik di dalam mahupun di luar Malaysia.
Bank boleh, sama ada sebelum atau selepas sesuatu institusi berlesen telah mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (1) atau (2), menghendaki institusi berlesen yang disebutkan dalam subseksyen (1) atau (2) supaya mengemukakan maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan cara penghuraian, penjelasan atau selainnya mengenai apa-apa dokumen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, atau supaya meminda atau mengubahsuaikan dokumen tentang bentuk atau kandungan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Bank.
Melainkan jika dan sehingga Bank telah memberitahu institusi berlesen secara bertulis bahawa—
Bank berpuas hati yang institusi berlesen telah mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen (1) dan (3); dan
dokumen-dokumen dan maklumat yang dibekalkan di bawahnya adalah dalam sedemikian bentuk dan mengandungi sedemikian maklumat yang boleh diterima oleh Bank, institusi berlesen itu tidaklah boleh—
membentangkan akaun-akaunnya di dalam mesyuarat agungnya;
menyiarkannya di bawah seksyen 42; atau
mengambil apa-apa tindakan lain berhubungan dengannya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Bank secara bertulis, dan apa-apa kelulusan sedemikian bolehlah dibuat tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diterangkan di dalamnya.
Tertakluk kepada subseksyen (4), suatu institusi berlesen hendaklah dalam masa enam bulan selepas penutupan tahun kewangannya, atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Bank, mengemukakan kepada Bank empat salinan setiap satu dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) berserta dengan kelulusan atau keputusan lain mesyuarat agung tahunan institusi berlesen berkenaan dengannya.
Bahagian VIII
Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian IX
Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI