Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian VII · Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen

43. Section 43

(1)

Tiap-tiap institusi berlesen hendaklah mengemukakan kepada Bank—

(a)

suatu pernyataan yang menunjukkan aset dan liabiliti institusi itu masing-masingnya di tempat utama perniagaannya dan di setiap pejabat institusi itu yang lain di Malaysia; dan

(b)

apa-apa maklumat, dokumen, statistik atau penyata lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 96 dan 97, Bank boleh menghendaki—

(a)

apa-apa kelas atau kategori institusi berlesen, selain daripada suatu syarikat diskaun berlesen atau broker wang berlesen, supaya mengemukakan suatu pernyataan yang menunjukkan apa-apa maklumat kredit yang berhubungan dengan pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud-maksud biro kredit yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 (1) (mmm) Ordinan; dan

(b)

suatu bank berlesen supaya mengemukakan suatu pernyataan yang menunjukkan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud-maksud biro pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 (1) (mmmm) Ordinan.

(3)

Tiap-tiap institusi tempatan berlesen yang mengendalikan mana-mana pejabat di luar Malaysia hendaklah mengemukakan kepada Bank apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengendalian mana-mana pejabat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(4)

Kecuali bagi maksud-maksud subseksyen (2), apa-apa maklumat yang diterima daripada suatu institusi berlesen di bawah seksyen ini hendaklah diambil kira sebagai rahsia di antara institusi itu dengan Bank.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, Bank boleh menyiarkan pernyataan-pernyataan disatukan berkenaan dengan setiap kelas atau kategori institusi berlesen sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Bank yang mengagregatkan angka-angka dalam kesemua atau mana-mana penyata yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), dan tiada peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kerahsiaan boleh terpakai bagi pernyataan-pernyataan disatukan sedemikian.

Report

Bahagian VIII

Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian IX

Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian X

Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian XI

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules