Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian IX · Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
64. Section 64
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiap-tiap pengarah sesuatu institusi tempatan berlesen yang mempunyai dengan apa-apa jua cara pun, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, apa-apa kepentingan dalam sesuatu kemudahan kredit yang dicadangkan untuk diberikan kepada mana-mana orang oleh institusi berlesen itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik mengisytiharkan secara bertulis jenis kepentingannya, kepada mesyuarat pengarah yang dianggotai dengan sempurnanya, dan setiausaha institusi berlesen itu, atau pegawai lain yang dilantik oleh institusi berlesen bagi maksud itu, hendaklah menyebabkan satu salinan perisytiharan tersebut diedarkan dengan sertamerta kepada tiap-tiap pengarah tidak kira sama ada dia telah hadir ataupun tidak dalam mesyuarat tersebut.
Bagi maksud-maksud subseksyen (1), suatu notis am bertulis yang disampaikan kepada setiap seorang pengarah sesuatu institusi berlesen yang disebutkan dalam subseksyen itu oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa dia adalah seorang pengarah, pegawai atau anggota badan yang diperbadankan atau tak diperbadankan, atau seseorang pengarah atau pegawai ketuanpunyaan tunggal, yang kepadanya kemudahan kredit dicadang diberikan hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan kepentingan yang memadai berhubungan dengan kemudahan kredit yang dicadangkan itu jika peruntukan-peruntukan subseksyen (3) juga dipatuhi.
Sesuatu notis di bawah subseksyen (2) hendaklah—
menentukan jenis dan takat kepentingan pengarah dalam badan atau ketuan-punyaan tunggal yang disebutkan dalam subseksyen itu; dan.
dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah-pengarah institusi di mana notis itu disampaikan atau, jika ia tidak disampaikan di mesyuarat pengarah-pengarah, di mesyuarat pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ia disampaikan kepada setiap seorang pengarah itu.
Tiap-tiap pengarah sesuatu institusi tempatan berlesen yang memegang apa-apa jawatan, atau memiliki apa-apa harta, dengan mana, secara langsung atau secara tak langsung, kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan bercanggahan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai pengarah institusi berlesen tersebut, hendaklah mengisytiharkan di mesyuarat pengarah-pengarah institusi berlesen itu hakikat tentang pemegangan jawatan itu atau pemilikan harta itu olehnya dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.
Perisytiharan yang disebutkan dalam subseksyen (4) hendaklah dibuat di mesyuarat pengarah-pengarah yang pertama yang diadakan—
selepas dia menjadi pengarah institusi berlesen itu;
jika telahpun menjadi pengarah, selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta itu; atau
selepas tarikh berkuatkuasa, jika telahpun menjadi pengarah, sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, sesuatu syarikat diskaun berlesen atau sesuatu broker wang berlesen, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Setiausaha institusi berlesen atau pegawainya yang lain yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah mencatatkan apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini di dalam minit-minit mesyuarat di mana perisytiharan itu dibuat atau di mana ia dikemukakan dan dibaca.
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI