Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian IX · Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
65. Section 65
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pengarah atau pegawai sesuatu institusi berlesen tidaklah boleh memberi apa-apa kemudahan kredit yang melebihi had, atau di luar bidang apa-apa terma dan syarat, yang dikenakan kepadanya oleh institusi berlesen, atau yang berlanggaran dengan apa-apa arahan yang diberikan kepadanya, atau apa-apa perjanjian yang dibuat dengannya, oleh institusi berlesen itu.
Bank boleh melalui notis bertulis mengarahkan sesuatu institusi berlesen supaya—
mengemukakan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan polisi dan prosedurnya mengenai pemberian apa-apa kemudahan kredit;
mengemukakan satu laporan mengenai sekatan atau terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan, arahan-arahan yang diberikan, dan perjanjian-perjanjian yang dibuat, berhubungan dengan kuasa tiap-tiap pengarah atau pegawai institusi yang dibenarkan memberi kemudahan-kemudahan kredit atau menjalankan apa-apa kuasa berkenaan dengannya itu; atau
membuat apa-apa pindaan kepada polisi atau prosedur yang disebutkan dalam perenggan (a), atau supaya membuat apa-apa pengubahan mengenai perkara-perkara yang disebutkan dalam perenggan (b), sebagaimana yang difikirkan patut dan sesuai oleh Bank, sama ada secara am, atau berhubungan dengan apa-apa kelas pengarah atau pegawai, atau berhubungan dengan mana-mana pengarah atau pegawai tertentu, dan pindaan-pindaan serta pengubahan-pengubahan itu hendaklah mengikat institusi itu dan pengarah-pengarah serta pegawai-pegawainya.
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI