Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian IX · Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen

61. Section 61

(1)

Tiada bank berlesen, bank saudagar berlesen atau syarikat kewangan berlesen boleh memberi kepada mana-mana orang seorang apa-apa kemudahan kredit, atau menanggung apa-apa jua pun liabiliti bagi pihak mana-mana orang seorang, yang, berserta dengan apa-apa kemudahan kredit yang diberikan dahulu kepada orang seorang itu, dan apa-apa liabiliti yang ditanggung dahulu bagi pihaknya, oleh institusi itu, melebihi amaun yang melebihi apa-apa peratusan yang ditetapkan bagi bank-bank berlesen, bank-bank saudagar berlesen atau syarikat-syarikat kewangan berlesen sebagai satu kelas atau kategori, oleh Bank berhubungan dengan wang modal institusi itu, atau, dalam hal sesuatu bank asing berlesen, wang kerja bersihnya yang tak tercacat oleh kerugian atau selainnya.

(2)

Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidaklah terpakai—

(a)

jika orang seorang yang disebutkan di dalamnya adalah suatu institusi berlesen yang lain atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Bank yang terlibat dalam penyediaan pembaiyaan;

(b)

bagi apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau liabiliti yang ditanggung bagi pihak, mana-mana orang oleh sesuatu institusi berlesen berkenaan dengan import ke dalam atau eksport dari Malaysia atau perdagangan di dalam Malaysia bersandarkan surat-surat kredit atau bil-bil pertukaran; atau

(c)

bagi apa-apa transaksi yang ditentukan oleh Bank yang dibuat dengan mana-mana orang tertentu, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan orang, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh membenarkan sesuatu syarikat diskaun berlesen atau broker wang berlesen supaya memberi kepada manamana orang apa-apa kemudahan kredit atau menanggung apa-apa liabiliti bagi pihaknya, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Bank, yang mana kelulusan itu boleh menentukan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya kemudahan kredit itu mungkin diberikan atau liabiliti itu mungkin ditanggung, mengikut mana yang berkenaan.

(4)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, dalam menghitung amaun apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada orang seorang, atau apa-apa liabiliti yang ditanggung bagi pihak orang seorang, apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau apa-apa liabiliti yang ditanggung bagi pihak, orang-orang yang berikut, hendaklah disifatkan sebagai suatu kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau suatu liabiliti yang ditanggung bagi pihak, orang seorang tersebut:

(a)

jika orang seorang itu adalah seorang individu, suami atau isterinya, anaknya atau perbadanan keluarganya;

(b)

jika orang seorang itu adalah suatu perbadanan, perbadanan berkaitan atau sekutunya;

(c)

jika orang seorang itu adalah suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi, subsidiari-subsidiarinya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1948, dan perbadanan-perbadanan berkaitan atau sekutu bagi subsidiari-subsidiari itu; atau

(d)

orang-orang yang bertindak bersama-sama dengan orang seorang itu:

Dengan syarat bahawa Bank boleh menentukan bahawa kesemua atau mana-mana orang, atau manamana orang tertentu, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang, yang tersebut dalam perenggan-perenggan di atas hendaklah dikecualikan daripada pemakaian subseksyen ini berhubungan dengan manamana orang seorang tertentu, atau mana-mana kelas, kategori, atau perihalan orang seorang, yang kepadanya kemudahan kredit diberikan, dan serentak dengan itu menentukan kriteria atau asas yang berasaskannya orang atau orang-orang tersebut hendak dikecualikan sedemikian.

(5)

Bagi maksud-maksud subseksyen (4) (a), "perbadanan keluarga" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 46 (4).

Report

Bahagian X

Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian XI

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules