Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian IX · Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
66. Section 66
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 116 (2), tiada institusi berlesen boleh memperolehi atau memegang—
apa-apa syer, atau selainnya mempunyai suatu kepentingan dalam syer mengenai, manamana perbadanan; atau
apa-apa harta tak alih atau apa-apa hak atau kepentingan dalam harta itu, kecuali apa-apa yang semunasabahnya perlu bagi maksud menjalankan perniagaannya, atau mengadakan kemudahan perumahan atau lain-lain kemudahan bagi kakitangannya, dan sebagaimana yang diluluskan oleh Bank dalam mana-mana satu hal itu.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai berkenaan dengan—
sebagai cagaran kerana memberi apa-apa kemudahan kredit kepada manamana orang atau kerana menanggung apa-apa liabiliti bagi pihak mana-mana orang;
sebelum tarikh berkuatkuasa, jika pemegangannya adalah menurut undang-undang sebelum sahaja tarikh tersebut; atau
apa-apa syer atau kepentingan dalam syer, atau apa-apa harta tak alih atau apa-apa hak atau kepentingan dalam harta tak alih, yang diperolehi oleh sesuatu institusi berlesen—
semasa merealisasikan apa-apa cagaran yang diberikan kepada atau dipegang oleh institusi berlesen; atau
apa-apa syer atau kepentingan dalam syer yang diperolehi oleh institusi berlesen di bawah suatu perjanjian yang dibuat oleh institusi berlesen itu, dengan kelulusan Bank, dengan mana-mana perbadanan yang kepadanya apa-apa kemudahan kredit telah diberikan, atau yang bagi pihaknya apa-apa liabiliti telah ditanggung, oleh institusi berlesen, yang dengannya syer-syer perbadanan itu diterbitkan kepada instiusi berlesen sebagai penjelasan sebahagian atau penuh kemudahan kredit yang diberikan, atau liabiliti yang ditanggung itu;
$\Rightarrow$ (c) ---
Apa-apa syer atau kepentingan dalam syer, atau apa-apa harta tak alih atau apa-apa hak atau kepentingan dalam apa-apa harta tak alih, yang diperolehi menurut subseksyen (2) (a) (i) atau (ii) atau (b) oleh sesuatu institusi berlesen hendaklah dilupuskan dengan seberapa segera yang praktik tetapi
107
tidak lewat daripada dua belas bulan, atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank dalam apa-apa hal tertentu, yang bermula pada tarikh ia telah diperolehi.
---
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI