Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XI · Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
83. Section 83
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seseorang pegawai penyiasat berpuas hati, atau mempunyai apa-apa sebab untuk mempercayai, bahawa mana-mana orang telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka dia boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud penyiasatan ke atas kesalahan itu—
masuk ke dalam mana-mana premis dan di situ menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, buku atau dokumen lain;
memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;
mengambil milik, dan memindahkan dari premis, apa-apa harta, buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta, buku atau dokumen lain yang dijumpai pada orang itu;
memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bejana atau bekas; atau
memberhentikan, menahan atau menggeledah mana-mana kenderaan.
Seseorang pegawai penyiasat boleh jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu dan masuk ke dalamnya;
dengan paksa masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;
memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan atau pemeriksaan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau
menahan semua atau mana-mana orang yang dijumpai di mana-mana premis, atau di dalam mana-mana kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau kenderaan itu telah digeledah.
-
...
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI