Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XI · Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

89. Bank boleh atas inisiatifnya sendiri, atau atas permintaan seseorang pegawai awam—

(a)

membekalkan kepada pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain satu salinan apa-apa buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 83 atau 84, atau apa-apa rekod pemeriksaan di bawah seksyen 87 (1) (a), atau apa-apa pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah seksyen 87 (1) (c), atau apa-apa buku atau dokumen lain yang dikemukakan di bawah seksyen 87 (1) (b), atau selainnya semasa berjalannya apa-apa pemeriksaan di bawah seksyen 87 (1) (a), atau di bawah apa-apa pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut seksyen 87 (1) (c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan bagi rekod, pernyataan, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat berhubungan dengan penjalanan kuasa-kuasanya, pelaksanaan fungsifungsinya, atau penunaian tugas-tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

(b)

membenarkan seseorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, buku, dokumen lain, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperolehi dengan cara akses atau pemeriksaan sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat berhubungan dengan penjalanan kuasa-kuasanya, pelaksanaan fungsi-fungsinya, atau penunaian tugastugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang.

Report

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules