Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XI · Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
84. Section 84
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai penyiasat boleh memeriksa mana-mana orang yang pada dirinya pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk percaya ada apa-apa harta, buku atau dokumen lain, atau apa-apa jua pun artikel lain, yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, dan bagi maksud pemeriksaan itu boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan itu, yang tidaklah bagaimanapun boleh melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang Majistret, dan boleh memindahkan orang itu dalam jagaan ke mana-mana tempat yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu.
Seseorang pegawai penyiasat yang melakukan pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan, atau mengambil milik apaapa harta, buku atau dokumen lain, atau artikel, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.
Tiada seorang orang perempuan pun boleh diperiksa di bawah sekysen ini atau di bawah seksyen 83 kecuali oleh seorang perempuan lain.
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI