Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XI · Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

86. Section 86

(1)

Jika seseorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik, apa-apa buku atau dokumen lain dalam menjalankan apa-apa kuasa di bawah Bahagian ini, dan buku atau dokumen lain itu atau apa-apa bahagiannya adalah di dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau di dalam apa-apa isyarat atau kod, maka pegawai penyiasat itu boleh secara lisan atau secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas buku atau dokumen lain yang tersebut, supaya memberi kepada pegawai penyiasat itu satu terjemahan di dalam bahasa kebangsaan akan buku atau dokumen lain yang tersebut dalam apa-apa tempoh yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, adalah munasabah memandangkan betapa panjangnya buku atau dokumen lain itu, atau lain-lain hal keadaan yang berhubungan dengannya.

(2)

Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya memberi suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukannya suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau dengan disedarinya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, jujur dan benar.

(3)

Jika orang yang dikehendaki memberi suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukannya orang yang disyaki telah melakukan kesalahan yang sedang disiasat, maka Bank hendaklah membayar kepadanya fee yang munasabah bagi terjemahan itu.

Report

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules