Akta Bernama 1967 · Updated to 14 Jun 2025 · Bahagian IV
10. Fungsi Majlis Penyeliaan
Feedback & supportMajlis Penyeliaan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk memastikan bahawa BERNAMA sentiasa mematuhi
Akta ini;
(b)
untuk menimbangkan apa-apa aduan daripada pelanggan
BERNAMA yang mengatakan kegagalan atau keingkaran
BERNAMA untuk mematuhi mana-mana matlamat atau prinsip yang dinyatakan dalam Akta ini; dan
(c)
untuk menimbangkan apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Lembaga.