Seksyen 11
Anggota Majlis Penyeliaan
ActIn forceProvision 11 of 26
Seksyen 11
(1)
Majlis Penyeliaan hendaklah mengandungi anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong:
(a)
seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang hendaklah menjadi
Yang Dipertua Majlis;
(b)
seorang wakil Kerajaan Malaysia;
(c)
seorang wakil surat khabar di Malaysia;
(d)
Naib Canselor mana-mana satu Universiti di Malaysia;
dan
(e)
seorang yang lain.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 780
(2)
Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah dilantik setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara.
(3)
Bahagian II Jadual hendaklah terpakai bagi anggota Majlis
Penyeliaan.