Skip to content

Seksyen 4

Meterai perbadanan

of Akta Bernama 1967

ActIn forceProvision 4 of 26
Seksyen 4
(1)

BERNAMA hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang disifatkan patut oleh BERNAMA.

7

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi perkataan “Pertubuhan Berita

Nasional Malaysia” bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan

(3)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berkehendakkan meterai BERNAMA hendaklah dimeteraikan dengan sewajarnya di hadapan dua orang anggota Lembaga yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara yang padanya meterai itu dicapkan.

(4)

Penandatanganan itu hendaklah tanpa perlu diperakukan kesahannya menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan ialah meterai

BERNAMA yang sah di sisi undang-undang.

Kuasa membuat apa-apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, dsb.