Akta Bernama 1967 · Updated to 14 Jun 2025 · Bahagian II · Penubuhan Bernama, Kuasa dan Matlamatnya
6. Matlamat BERNAMA
Feedback & supportMatlamat BERNAMA adalah—
(a)
untuk mencari dan mengemukakan berita atau bahan berita yang lengkap, objektif dan saksama mengenai apa-apa perkara kepentingan awam dan negara di dalam dan di luar
Malaysia;
(b)
untuk mengagihkan berita atau bahan berita itu kepada pelanggan dengan mengenakan bayaran sama ada dalam bentuk fi atau pertukaran berita atau kedua-duanya; dan
(c)
untuk melaporkan secara benar dan patut, tanpa menjejaskan kepentingan awam dan negara, pandangan semua golongan penduduk Malaysia.