Skip to content

Seksyen 1

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 1 of 110

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan ia boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), seksyen 92 hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 16 Ogos 1981.

(3)

Apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau apa-apa wang yang dipungut, dibelanjakan atau dilaburkan oleh Lembaga sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini yang akan menjadi sah jika peruntukan-peruntukan Akta ini telah berkuat kuasa pada masa ia dilakukan adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan telah dilakukan atau dipungut, dibelanjakan atau dilaburkan olehnya secara sah.

Tafsiran