Skip to content

Seksyen 34

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 39 of 110

Seksyen 34

(1)

Lembaga tidak bertanggungjawab untuk mengganti rugi, tanpa kesalahan sebenar atau kalau tidak menjadi pihak yang berkaitan, jika apa-apa kehilangan atau kerosakan iaitu bukannya kehilangan atau kerosakan yang diperuntukkan oleh Bahagian ini, berlaku kepada vesel, atau kepada kereta api, kereta, binatang, barang-barang atau apa-apa jua benda lain di atas vessel, lebih daripada amaun agregat yang tidak lebih daripada mata wang Malaysia yang senilai dengan lapan paun sterling bagi tiap-tiap satu tan pada berat tan vesel itu.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

(2)

Bagi maksud Bahagian ini, berat tan vesel itu hendaklah ditentukan daripada daftar vesel itu yang hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa berat tan kasar dan potongan daripadanya dan berat tan berdaftar adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya.