Skip to content

Seksyen 68

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 79 of 110

Seksyen 68

(1)

Bagi maksud audit dan pemeriksaan akaun di bawah Akta ini,

Ketua Audit Negara atau seorang juruaudit yang diberi kuasa oleh

Ketua Audit Negara boleh melalui notis secara bertulis—

(a)

menghendaki supaya dikemukakan di hadapannya semua buku, surat ikatan, kontrak, baucar dan semua dokumen dan kertas lain yang difikirkannya perlu;

(b)

menghendaki mana-mana orang yang memegang atau bertanggungjawab memberi penerangan atas apa-apa buku, surat ikatan, kontrak, baucar, dokumen atau kertas itu supaya hadir di hadapannya pada masa berjalannya audit dan pemeriksaan itu atau pada masa penangguhannya, dan supaya membuat dan menandatangani suatu akaun berkenaan dengannya itu.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa jua kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau yang tidak mengemukakan apa-apa buku akaun kepada mana-mana orang yang berhak memeriksanya adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit.