Seksyen 3
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Seksyen 3
Suatu lembaga pelabuhan yang dikenali sebagai Lembaga
Pelabuhan Bintulu ditubuhkan bagi Pelabuhan Bintulu.
(2)
Lembaga hendaklah—
(a)
menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meteri biasa;
Lembaga Pelabuhan Bintulu 15
(b)
tertakluk kepada seksyen 8 dan 10, berkebolehan membeli atau selainnya memperoleh, yang diberi dengan jalan pemberian atau selainnya, memegang atau melupuskan harta alih dan tak alih, termasuk sesuatu kepentingan mengenainya;
(c)
berkebolehan membuat kontrak, membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, dan Lembaga boleh melakukan dan menanggung segala perbuatan dan perkara lain sebagaimana yang boleh dilakukan dan ditanggung oleh pertubuhan perbadanan.