Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya
18. Kuasa Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
, kuasa
Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—
untuk menggunakan segala harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat oleh
Suruhanjaya termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;
untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40;
untuk melantik ejen, pakar atau perunding sebagaimana yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam menjalankan fungsinya;
untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan rancangan pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya dengan sepatutnya dan berkesan;
untuk membuat, menjalankan dan melaksanakan program pendidikan dan latihan yang berhubungan dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 614
untuk memberikan dan membaharui lesen di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;
untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi Suruhanjaya; dan
untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.
Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasa
Suruhanjaya tidaklah termasuk kuasa Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.