Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya
20C. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, nota amalan, dsb
Feedback & supportBagi maksud Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Suruhanjaya boleh mengeluarkan garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang difikirkannya sesuai dan boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
Seseorang yang kepadanya garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang disebut dalam subseksyen (1) terpakai hendaklah mematuhi dan melaksanakan garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling itu.
Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.