Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

20D. Kuasa untuk menyiarkan maklumat

Feedback & support
(1)

Jika Suruhanjaya atau Pendaftar fikirkan bahawa perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam atau bagi perlindungan pemegang syer, Suruhanjaya atau Pendaftar boleh menyiarkan apa-apa maklumat dalam apa-apa bentuk atau cara berhubung dengan—

(a)

pemberian, peluputan, pembaharuan, pembatalan atau penggantungan lesen, kelulusan atau pengecualian, di

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana orang;

(b)

pengenaan syarat atau sekatan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada mana-mana orang;

(c)

apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 20E;

(d)

suatu perintah oleh Mahkamah berhubung dengan kehilangan kelayakan pengarah;

(e)

pengkompaunan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang

Malaysia atau mana-mana wilayah atau negara di luar

Malaysia;

(f)

apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang dibawa terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia, termasuklah keputusan prosiding itu; atau

(g)

apa-apa maklumat lain yang difikirkan sesuai oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar demi kepentingan awam atau perlindungan pemegang syer.

(2)

Suruhanjaya atau Pendaftar tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diperoleh daripada borang atau pulangan yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Report

Bahagian IIIC

Pelesenan

Bahagian IV

Peruntukan Berhubung Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules