Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian V · Kewangan

29. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Feedback & support

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Suruhanjaya, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan pekerja Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(b)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh

Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(c)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(d)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(e)

secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Penyediaan anggaran

Report